Thursday, October 31, 2019

Bertemujanji Berdua

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha dan encik suami keluar bertemujanji.. Lama tak dapat buat aktiviti berdua ini.. Lepas hantar anak sekolah, kami ke Gerai Seri Mawar untuk sarapan dulu sebelum gerak ke Rawang..

Breakfast kami.. Mee rebus dan kuih..
Ini alamat Gerai Seri Mawar tu.. 46, Kampung Baru B, Taman Seri Selat, 35900 Kerling, Selangor..
Lepas sarapan, kami terus gerak ke Aeon Rawang.. Disebabkan wayang mula pukul 10.30 pagi, kami lepak dulu di McD (boleh baca di SINI) untuk bincang plan percutian yang seterusnya bersama anak-anak dan MIL..

Lunch kami.. Satu set Mushroom Swiss King Extra Large Beef (large size) dikongsi berdua.. Kongsi sebab tak nak terlalu kenyang.. Cukup je makan berdua sebab burgernya size 5 inchi.. Memang puaslah.. Cendawan banyak.. Sos melimpah.. Puas hati..

Lepas makan dan solat, kami sambung tengok filem kedua yang mula pada 2.05 petang dan pukul 4.15 petang kami gerak balik.. Sampai Behrang kebih kurang jam 5.15 petang, ambil anak dan terus balik...

4 comments:

  1. Sedapnyaa menu breakfast tuu XD

    ReplyDelete
  2. bestnya bertemujanji berdua, moga hingga ke jannah sis aminn :)

    ReplyDelete
  3. nescafe ais tu buat saya meronta-ronta la . .

    ReplyDelete
  4. kualiti time berdua...tiba2 ammi pun rasa nak makan burger

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..