Tuesday, October 15, 2019

Drama Melayu | Malam Tahlil Suhaila Balik (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Silalah percaya, Sha menonton drama seram ini.. Hahaha.. Tapi tengok waktu siang dengan kawan pejabat sambil buat katalog.. Jadi tak adalah fokus sangat dengan drama ini.. Sha tengok online dekat Youtube.. Sebab tayangan drama ini dekat Astro Citra pada 12.09.2019 aritu.. Semalam bila cari-cari dekat Youtube dah ada yang kongsikan, terus ajak kawan pejabat tengok sekali.. Hahaha.. Bila sampai part seram, berhenti sekejap.. Lepas tu sambung tengok balik.. Kuranglah feel seram itu.. 

Drama ini mengisahkan Suhaila membongkar kejahatan yang berlaku pada dirinya dekat suaminya selepas kematiannya akibat kemalangan.. Yang jahat dalam drama ini memang tak tersangkalah.. Kalau ikut pantang keluarga Suhaila, anak bongsu dari anak sulung tak boleh berkahwin dengan orang luar.. Namun saka yang disimpan orang terdahulu telah dibuang nenek Suhaila.. Namun ada yang jadi duri dalam keluarga tu dengan mengambil semula saka itu... Menyebabkan Suhaila balik pada malam tahlil beliau dan mengganggu keluarganya.. Ending dia sedihlah.. Bila suami suhaila kena pikul mayat Suhaila ke kubur semula.. Huhuhu.. Seram tapi sedih..

JUDUL : MALAM TAHLIL SUHAILA BALIK
WAKTU SIARAN :  Sabtu, 12 Oktober 2019, 10:00 malam
SIARAN TV : Astro Citra 131 & Citra HD 126
PENULIS SKRIP : Mayasari Emma & Seri Dewi
PENGARAH : Rashid Sibir
PRODUKSI : MS Digital Studio Sdn Bhd
PELAKON : Uqasha Senrose, Hisyam Hamid, Wan Maimunah Aziz, Zarynn Min, Liza Abdulah

14 comments:

  1. mula-mula masa tengok tajuk tu macam nak tengok, kadang astro kan tajuk je seram tapi ada komedi. Tapi bila baca sinopsis dan fikir-fikir tak berani lah, lepas tu tengok lak kawan2 tulis kt fb pasal cerita ni, yang gambar nelydia bermata merah tu pun dah seram...

    ReplyDelete
  2. Alamak tgk tajuk dgn gambar Tu pun dah seram la sha

    ReplyDelete
  3. ammi tengok dah hujung2 sangat. dah tak rasa apa dah masa tgk tu.. nantilah tunggu bila ada ulangan baru tgk balik dgn anak2.

    ReplyDelete
  4. Best citer ni, sempat tgk online. Xsempat tgk live

    ReplyDelete
  5. Cikbunga belum ada masa nak tengok lagi... Nanti nak carik juga kat youtube

    ReplyDelete
  6. Tak seram pun hehe...akak tgk kt youtube...bca tajuk nmpk seram..

    ReplyDelete
  7. Tak sempat tengok time ditayangkan tu
    Nanti nak tengoklah bila ada ulangan

    ReplyDelete
  8. bla tgk nama pengarah... hmmm no wonder laa mmg best

    ReplyDelete
  9. ada yang kata seram ada yang kata tak. Belum tengok lagi cerita ni

    ReplyDelete
  10. Azhan: cerita hantu mmg ramai org kita suka tgk

    ReplyDelete
  11. cerita menarik tapi akak takut nak tengok nih

    ReplyDelete
  12. Nak Tanya masa yang mereka berbual di meja makan tu ada kan lagu piano, apa eh nama dia? Kalau TDK tahu TDK apa

    ReplyDelete
  13. Best cerita ni kalau maya karin dapat pegang watak ni lagi sesuai

    ReplyDelete
  14. Bila Hisham Hamid dukung jenazah Suhaila tu teringat waktu Syamsul Yusof dukung jenazah isterinya dalam filem Khurafat

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..