Wednesday, October 23, 2019

Novel | ... dan Dafodil pun Berbunga Lagi oleh Diya Nordin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita yang menyentuh perasaan.. Bagaimana Alia itu ditinggalkan tunang, kemudiannya bangkit mengejar cita-cita.. Berkahwin dan dikhianati, tetap bangkit semula mengejar kebahagiaan.. Penulis berjaya memberikan gambaran bahawa wanita saat dilukai tetap boleh bangkit meneruskan kehidupan kerana Allah sentiasa ada bersama orang-orang yang sabar.. Dua watak lelaki dalam ini sangat menyampah pada Sha.. Saat diingini, dikejar-kejar.. Bila dah dapat, dipersiakan.. Tapi watak Ikhwan berjaya membuktikan, tak semua lelaki itu jahat.. Ada saja lelaki yang masih menghormati seorang perempuan dan melayannya dengan baik.. Penulis berjaya mengimbangi watak-watak dalam penceritaan beliau.. Ada nasihat yang dititipkan buat pembaca..

Buku kedua penulis ini yang berjaya Sha baca dan temui tanpa sengaja.. Buku yang baik pasti meninggalkan kesan di hati pembaca..

Sha baca dan selesai pada 22.10.2019..

Sha pinjam buku dari Perpustakaan Negara Malaysia..
Published April 2014 by JS Adiwarna Publications & Distributors Sdn. Bhd.

6 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..