Wednesday, October 16, 2019

Novel Travelog | Monolog Adventure Travel Race Perak oleh J. Adams

Assalamualaikum..
Hye semua..

Berjaya membaca buku ke 201 untuk tahun 2019.. Buku ini merupakan sambungan kepada Monolog Adventure Travel Race Malaysia Part 1 oleh J. Adams.. Sambungan kali ini bermula di Negeri Perak dan memaparkan pelbagai perkara aneh pada Vina.. Dari bertutur pelbagai bahasa, tegas dan juga menangis didalam hujan.. Vina sendiri tertanya-tanya siapa dirinya.. Mereka juga terpaksa memulangkan semula RM2000 kepada penganjur, dengan baki yang tinggal Dira dan Vina terpaksa berjimat.. Pengalaman memetik anggur, membersihkan kandang itik dan mengira pokok jambu memang menarik.. Penulis berjaya memperkenalkan Perak kepada pembaca dengan cara yang menarik.. Kalau panjang lagi, mungkin lebih mengancam..

Sha baca dan selesai pada 15.10.2019..

Sha pinjam dengan Perpustakaan Negara Malaysia..
Published January 2018 by SJ Amaxing Sdn Bhd

8 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..