Monday, November 4, 2019

Berhujung Minggu Cara Kami

Assalamualaikum..
Hye semua..

Perak cuti 3 hari.. Bermula hari Jumaat sempena Hari Keputeraan Sultan Perak tapi anak-anak Sha tetap bersekolah agama (sebab sekolah agama dekat Selangor).. Selain pergi menziarahi mak saudara sebelah abah Sha, masa selebihnya kami di rumah.. Untuk itu, Sha telah meminjam beberapa buah komik dan novel remaja untuk dibaca oleh Amani dan juga Imani.. Memang 3 hari tu, Amani habiskan semua buku untuk dibaca.. Sha juga turut membaca bersama.. Melentur buluh biar dari rebungnya dan Sha berharap anak-anak Sha akan teruskan hobi membaca ini hinggalah mereka tidak lagi boleh membaca..

Antara buku yang Sha pinjamkan untuk Amani dan Imani.. Komik dan juga novel.. Habis Amani baca dalam 1 hari je.. Haih la Amani.. Ingatkan bolehlah bertahan 3 hari.. 

Hari Jumaat cuti sekolah pagi, kami menonton filem Mary Poppins Returns sambil kunyah-kunyah.. Hehehe..

Hari Ahad tak ada ke mana, makanya sambil tengok Boboiboy Galaxy mereka bermain masak-masak dan membaca buku yang dibeli di Jualan Gudang MPH..

Baiki kerusi dengan memasang skru.. Kerusi lama kan.. Ginilah jadinya..

17 comments:

  1. dulu masa kecik selalu gak arwah ayah ammi dapat job baiki kerusi kayu ni. Tp jenis yg dulu2 lagi byk bunga2 kat batang kerusi tu. Tugas ammi kena guna sandpaper and buat syelek lama sebab arwah ayah nak syelek baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerusi jenis nie dia gam je Ammi.. Jadinya senang tertanggal.. Lagipun usianya dah lama kan.. Tu yang kami skrukan..

      Delete
  2. Perak cuti tiga hari kan Sha minggu lepas hehe :)

    ReplyDelete
  3. syok nya landing depan tv sambil makan dan belek majalah komik. kenangan sangat. hehehe

    ReplyDelete
  4. anak anak Mama Yan lelaki...Baca Komik nak la...buku buku memang tak kurang sikit

    ReplyDelete
  5. entah mengapa sekarang sukar sekali untuk baca buku atau komik sejak ada dunia internet

    ReplyDelete
  6. aktiviti santai hujung minggu yang best. membaca buku, layan movie..

    ReplyDelete
  7. aktiviti santai hujung minggu yang best. membaca buku, layan movie..

    ReplyDelete
  8. hujung minggu panjang macam-macam aktiviti dengan family boleh buat kan :)

    ReplyDelete
  9. Anak mewarisi hobi ibu..bagus. Takdelah asyik melekap dengan gadget je kan

    ReplyDelete
  10. kerusi kayu selagi belum patah riuk baik guna hehehe

    ReplyDelete
  11. mmg akan ikut jejak ibu nya nanti..mmg patut didik minat membaca dari awal..x rugi!!

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..