Sunday, November 3, 2019

Jalan-jalan ke Kuala Lumpur

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha ke Cheras memenuhi jemputan kenduri kesyukuran dan Aqiqah saudara sebelah abah.. Gerak dari rumah jam 9.30 pagi, sampai di tempat kenduri lebih kuran jam 12.30 tengahari.. Beramah mesra dengan saudara mara dan makan-makan.. Jam 2 lebih kami gerak ke Jualan Gudang MPH tak jauh dari rumah kenduri.. Sempatlah melabur RM37 di jualan gudang ini..

Dari jualan gudang, kami gerak ke Sate Willy sebab Amani dah kelaparan.. Makan sate dulu buat alas perut.. Tak order banyak pun.. Masih kenyang makan kendurikan..

Order Sate Ayam (5 cucuk), Daging (5 cucuk), Kambing (5 cucuk), nasi impit (2 ketul) & Lontong (1 ketul).. Air pula kita minum nescafe ais, teh o ais & teh o ais limau.. Semua sekali RM26.30..

Amani minta untuk lalu depan Menara Berkembar.. Maka berjalanlah kami ke sini dan bergambar di bahagian luar..

Terus gerak ke Menara KL pula.. Bayar parking RM5 (untuk tempah sejam) sahaja.. Jalan-jalan ambil gambar di bahagian bawah..

Singgah Masjid Negara untuk solat..

Jalan-jalan di Dataran Merdeka sekejap.. Itupun hujan dah mula turun semula..

Hentian terakhir kami ialah Restoran Mee Tarik Warisan Asli di Prima Sri Gombak.. Makan malam sebelum gerak balik.. Makan kat sini best sebab masakannya memang sedap dan kuantiti banyak.. Berpatutanlah dengan bayaran.. Kami sekeluarga memilih air Mangga dan lemonade (RM6).. Makanan pula kami ambil Braised Chicken Rice (RM12.10), Fried Mee Beef (RM14) & Ramen Soup Beef (RM12.10).. Jumlah keseluruhan RM46.85 (termasuk service tax)..

Sampai rumah jam 11.30 malam, ikut jalan lama.. 

13 comments:

  1. Seronok juga sekali sekala jejalan kan. Aku dh btahun tak jejak KL tho tiap2 thn course kat bangi. Dulu2 rajin gak stayback, skrg dh mls

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah makin sibuk dah KL nie.. sana sini jem.. memang kena double sabar..

      Delete
  2. sedapnya, lapa pulak rasa hehehe

    ReplyDelete
  3. sakan jalan-jalan. sesekali kan, release tension gitu.

    ReplyDelete
  4. dh alang2 p kenduri kt kl..bole la jln2 kn...prima sri gombak tu area umh parent akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kak.. dah jalan ke kenduri, kita pun melenconglah sekali..

      Delete
  5. JM suka satay willy compare to satay kajang tak pastilah org lain

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..