Tuesday, November 19, 2019

Jamuan Akhir Pra Sekolah Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi, ibu bapa di jemput hadir ke sekolah untuk jamuan akhir tahun.. Sha tak berkesempatan nak masak.. Jadi Sha tempah je kek pandan dari rakan pejabat.. Sambil tu pesan juga kek coklat cheese leleh untuk makan sekeluarga.. Hehehe.. Alang-alang kan..

Jamuan bermula jam 10 pagi.. Memang meriahlah.. Anak-anak diberi kebenaran untuk berpakaian bebas hari ini.. Imani dari semalam dah pilih nak pakai baju apa.. Memang dia sukalah boleh bergaya.. Hehehe.. Sampai sekolah, Imani dengan kawan-kawan perempuan bersolek.. Melaram je anak-anak dara ini.. Mak bapa mula datang jam 10.30 pagi.. Sha datang dengan encik suami.. Makan-makan dan beramah mesra dengan ibu bapa lain.. Jam 10.45 pagi kami balik.. Sha bawa Imani balik sekali dan hantar ke rumah pengasuh..


Kek pandan yang ditempah dengan rakan pejabat.. RM27 sahaja..

15 comments:

  1. hujung2 thn ni apa lg kalau bkn jamuan sekolah

    ReplyDelete
  2. tahun depan imani dah masuk darjah 1 la. sekejap je kan budak2 ni membesar..

    ReplyDelete
  3. Cucu wak yang prasekolah, majlis graduasi dia tadi pagi

    ReplyDelete
  4. sana sini musim graduasi dan jamuan akhir tahun kat sekolah kan Sha , seronok anak-anak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang berseronok lah anak2 diraikan..☺️

      Delete
  5. Minggu ni last sekolah utk thn ni...yeay!!

    ReplyDelete
  6. murahnya kek pandan tu, besar gitu baru rm27...

    ReplyDelete
  7. minggu ni semua sekolah penuh dengan event je kan..esok start cuti sekolah lama dah

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..