Wednesday, November 13, 2019

Novel | Bisik Pada Langit oleh Siti Khadijah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Setelah menonton filemnya, Sha berjaya baca bukunya.. Impak dari buku ini lebih memberikan kesan pada Sha.. Buku yang sarat dengan perasaan sayang seorang anak, ayah dan juga sahabat.. Bagaimana Hajar yang ditatang bagai minyak yang penuh, kembali ke pangkuan keluarga dengan jasad tanpa nyawa.. Saat sang ayah membantu anaknya melafazkan syahadah dan meredakan pemergiannya.. Saat seorang adik mula menerima bahawa kakak yang di dengki sebenarnya sangat sayangkan dirinya.. Seorang sahabat yang setia menemani demi cintanya.. Semuanya mampu membuatkan Sha menangis tersedu-sedu.. Penulis sangat pandai memainkan emosi pembaca dengan ayat.. Pengajaran dari tindakan ayah yang terlalu berbeza layanannya pada anak dan perasaan seorang anak yang merasa tersisih.. Tak mudah melahirkan, menjaga dan membesarkan seorang anak.. Buku ini berjaya memaparkan sisi seorang ayah yang jarang cuba diselami.. Keegoan seorang ayah yang sukar ditepis.. 

Turut diselitkan mengenai keindahan dan hukum-hukum Islam.. Kasih sayang sebuah keluarga..

Sha baca dan selesai pada 12.11.2019..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published 2016 by Penulisan2u

14 comments:

  1. akak tengok filem dia menangis sampai bengkak2 mata...memang sedih giler..kalau baca novel lagi teruk agaknya

    ReplyDelete
  2. rasa macam penah baca buku tapi lupa lak bila. sabaq ja la. hehehe

    ReplyDelete
  3. alamak... bab sedih2 ni yg payah sy nk tonton / baca...

    ReplyDelete
  4. ni cerita yang Umi Nazeera berlakon tu kan..ayahnya Jalil Hamid. Sedap cerita ni..nangis sampai tak cukup nafas

    ReplyDelete
  5. tahniah kerana berjaya berjaya menghabiskan bacaan buku novel tersebut

    ReplyDelete
  6. macam novel lagi best dari filem je

    ReplyDelete
  7. tak baca novel tapi pernah tengok filem nie dekat cinema dulu . Berjeruk tudung menangis part umi nazeera tu meninggal dan ayah dia struggle nak bawak balik mayat anak dia kat kampung .

    ReplyDelete
  8. xpernah baca lg novel dan movie dia pun xtengok

    ReplyDelete
  9. Nak kena carilah novel ni. Masa filem ni ditayangkan di tv, tak dapat nak tengok sepenuhnya.

    ReplyDelete
  10. Saya dah pernah baca novel & tengok filemnnya. Memang sedih terutamanya part Hajar meninggal dunia.

    ReplyDelete
  11. aduhh..baca sinopsis pun dah buat JM rasa sebak

    ReplyDelete
  12. menarik review akak ni. terasa nak tengok

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..