Monday, November 11, 2019

Random Photo #13

Assalamualaikum..
Hye semua..

Menarik di telefon Sha.. Jangan terliur ye kawan-kawan.. hehehe.. Tak tahu nak buat entry apa, maka kita sembang pasal gambar dalam telefon jelah ye.. hehehe.. 

Semua ini RM7 sahaja.. (termasuk satu limau yang dah dimakan).. Mangga yang kulit hijau tu sedap.. Manis dan lemak.. Yang kulit kuning tu sedikit masam..

Botol ini Sha beli untuk anak-anak (boleh baca di SINI) tapi mak yang rasmi dulu.. Isi air kelapa.. Puas minum air kelapa tapi nak mengopek tu yang tak lalu.. Nak beli mahal, sebiji RM4 tau..

Rezeki dari sahabat yang melakukan lawatan penandaarasan ke Johor.. Mereka singgah di Melaka.. Belum bergoreng lagi.. Antara buah tangan yang wajib dibeli kalau ke Melaka..

Buah tangan dari rakan yang ke Thailand.. Comel je beg duitnya..

13 comments:

  1. murahnya Sha buah tu..banyak2 tu cuma RM7 je

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak makan limau kupas tu..kalau pergi pasar malam cari-cari juga tapi tak adalah pulaknya.

    ReplyDelete
  3. mantap betul tu, pasti enak buahnya, salam kenal ye

    ReplyDelete
  4. Segarnya kalau dapat minum air kelapa muda

    ReplyDelete
  5. Kat sini air kelapa muda rm5 sebiji... tunggu balik kampung la...

    ReplyDelete
  6. yg kuning tu mangga susu kan? sy ada beli hari tu. manissss sgt

    ReplyDelete
  7. Limau hijau kampung tu lama betul tak nampak..makan apatah lagi kan. kalau dapat yang manis memang sedap makan

    ReplyDelete
  8. buah apa tu? heee tak tahu pun

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..