Wednesday, December 25, 2019

Novel | Gulai Siput Daun Kaduk oleh Fida Rohani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini cliche lah.. Kisah anak lelaki orang kaya yang dipaksa berkahwin dengan anak orang kaya juga.. Tapi lelaki ini tak nak.. Dwen memilih cara hidup sederhana dan perempuan biasa yang pandai memasak dan boleh menguruskan rumah tangga untuk dijadikan isteri.. Berkenalan dengan Andika yang begitu sopan dan cukup sifat, mereka berkahwin.. Namun tentangan dari keluarga Dwen dan Karina iaitu perempuan yang sepatutnya dikahwini dilalui oleh Dwen dan Andika dengan cara yang berhemah.. Disinilah penulis mengubah novel yang cliche ini menjadi tak cliche langsung.. Malah memberi input dan kebaikan yang sepatutnya dibuat oleh anak lelaki dan menantu.. Tentangan ibu bapa Dwen ditempuh dengan sopan.. Malah Andika tidak langsung bersifat menentang keterlaluan.. Dwen juga tidak bersifat terburu-buru saat mendengar cerita yang bukan-bukan malah mempercayai isterinya dan bertindak dengan cara yang berhemah.. Dibantu perkerja Dwen mereka berjaya menawan hati ibu bapa Dwen.. Tahniah buat penulis..

Sha mula baca pada 23.12.2019 dan tamat pada 24.12.2019..

Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..
Published April 2015 by Alaf 21

2 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..