Saturday, December 28, 2019

Novel | Please Don't Be Gelojoh oleh Izma Qahiera

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mengisahkan Wanda yang sangat menggeletis dan manja.. Semua kehendaknya harus dituruti.. Tak boleh susah sikit.. Mak dan ayahnya suruh belajar memandu, namun separuh jalan sahaja.. Nampak lelaki handsome, terus minta nak kerja.. Bila dah dapat kerja dan berkenalan dengan Ikhwan, terus nak kahwin.. Walhal Ikhwan bukannya betul-betul sayang pun.. Mujurlah tersedar sebelum berkahwin.. Tapi perangai gatal dan cepat perasan tu masih ada.. Berhenti kerja dan mula belajar memandu semula.. Berkenalan dengan Cikgu memandu yang leser habis.. Dari kerana teguran dan cakap lepas cikgu memandu tu lah Wanda mula berubah perangai.. Mula bersungguh dalam melakukan kerja dan tidak mudah perasan.. Pandai menepis pujuk rayu Ikhwan..

Cerita ini mulanya memnag geram je baca.. Rasa menyampah dan meluat dengan perangai mudah perasan si Wanda tu.. Tapi penulis berjaya menggerakkan cerita ini dengan cantik.. Dari seorang yang manja, mudah perasan dan gatal, watak Wanda diubah menjadi seorang yang matang, mula menghargai nasihat mak ayah dan kembali rapat dengan kakaknya.. Memang cerita yang menarik dibaca.. Bila masuk bab Wanda ditunangkan, novel ini jadi lebih kelakar dan ohsem.. Ayat penulis memang bestlah..

Sha baca dan selesai pada 28.12.2019..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published 2017 by Kaseh Aries Publication

5 comments:

  1. kalau sayalah, tengok tajuk macam tu terus tak jadi nak baca..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kikiki.. Mula tu macam tak nak baca juga, tapi saja cuba-cuba.. Eh menarik pula..

      Delete
  2. Kalau saya baca, mesti stress part yang awal tu😂.

    ReplyDelete
  3. Ni karektor budak nak minta pethatian🤫🤫

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..