Sunday, February 9, 2020

ebook | Penumpang oleh Fee Anyau

Assalamualaikum..
Hye semua..

Baca buku ini buat Sha berfikir.. Penulis membawakan tema depresi.. Tema yang berat dan sangat mengganggu Jiwa..

Semua yang kau pendam akhirnya memakan diri.. Bukan mudah untuk bersikap terbuka bila orang disekeliling kau cuma tahu menghukum.. Bukan menerima kau seadanya.. Perkataan "Kalaulah" tak bererti untuk perkara yang sudah berlaku.. Tindakan sepatutnya dibuat bukan selepas kemalangan itu berlaku.. Namun Jai tetap cuba mencari punca sebenar Eddi membunuh diri.. Helaian journal yang dihantar oleh lelaki misteri membantu pencarian Jai.. Namun tak mudah.. Bila kebenaran muncul hati yang tertekan bertambah sakit dan menusuk tepat ke jiwa.. Kerana kesilapan yang tak disengajakan, sahabat baik menjadi mangsa buli dan akhirnya meragut nyawa sendiri.. Manusia cukup suka memperlekahkan dan merendahkan manusia lain tanpa mengira kesan dan akibat..

Sha baca pada 08.02.2020 dan selesai pada 09.02.2020..


2 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..