Tuesday, March 17, 2020

Hentikan Pembelian Panik


Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam malam sajalah keluar ke kedai runcit beli telur, bawang dan cili merah.. Kebetulan barang-barang ini memang dah perlu di top up.. Alhamdulillah tak adalah pula orang berbondong-bondong ke kedai runcit membeli barang untuk membuat stock rumah.. Cuma bila saja-saja pusing lalu depan Pasaraya TF Value Mart, SubhanaAllah.. Punyalah banyak kereta dan umat manusia dalam pasaraya yang tengah beli barang seolah-olah esok dah tak boleh keluar.. Masa Perdana Menteri buat perutusan khas, mereka sibuk membeli barang untuk dibuat bekalan.. Bila dengar perutusan tu katanya pasaraya, kedai runcit masih lagi beroperasi macam biasa cuma tak digalakkan kita-kita ini keluar ke tempat awam berjalan-jalan.. Perlu duduk berkurung di rumah sahaja kalau tak berkeperluan untuk keluar.. Jadinya bermulalah perancangan seorang mak untuk memastikan anak-anak ada aktiviti untuk dibuat.. Kalau ikutkan esok kami ada trip ke Terengganu dan Kelantan, bila PM keluar arahan Kawalan Pergerakkan ini terus batalkan trip.. Mujurlah pihak Homestay Terengganu refund penuh duit.. Lega sikit.. Cuma Hotel Tune Talk jelah tak boleh refund.. Tak ada rezeki..

2 comments:

  1. org ramai yg berpusu2 memenuhi pasaraya tu rasa mcm esok nak kiamat sbb tu la berduyun2 ke sana. PM dah kata bekalan makanan cukup! Tak nak caya!

    ReplyDelete
  2. mmg sentiasa buat stock makanan...so tak terkesan sangat ddengan pembelian panik ni. buat stok sebab anak ramai

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..