Saturday, March 7, 2020

Random Photo #7 2020

Assalamualaikum..
Hye semua..

Setiap hari, ada je gambar yang memberi erti kepada kehidupan seharian kita.. Memberi pengajaran dalam meneruskana hari-hari yang mendatang.. Ada yang menggembirakan dan ada juga yang menyentap tangkai jiwa..

Sebelum ini Sha ada kongsikan buah mulberry yang dah merah-merahkan.. Kali ini Sha kongsikan putik-putik baru pula.. Walaupun baru je berbuah tak lama hari tu.. Bila dah dicantas, pokok mulberry ini akan kembali mengeluarkan tunas dan buah baru.. Kali ini pun banyak juga buahnya..

Kuih Permata Zamrud namanya.. Sedap kuih ini.. Dalam dia ada pes kacang merah.. Ada juga yang tak bubuh pes kacang merah dalam tu tapi bubuh kelapa manis.. Ada juga yang biar kosong je.. Cuma pulut dan santan..

Rezeki hari Selasa.. Potongan ikan patin tu berharga hanya RM1 sahaja.. Manakala nasi dan ulam salad itu dibelanja sahabat sekerja.. Kuasa bersedekah.. Melalui hari selasa dengan permulaan yang agak tidak baik sebenarnya namun menerima kunjungan rezeki berlipat ganda.. Alhamdulillah..

Alhamdulillah.. setelah jenuh mencari, berjaya juga jumpa kek idaman Imani.. Harganya RM35.. Mujurlah ada juga yang berbaloi nak dibeli dari Orang Melayu dan beragama Islam.. Susah betul nak cari kek budget.. Kalau yang non muslim jual, ada je harga RM15 dan cantik-cantik hiasannya.. Sedihlah.. Bila jadi macam ini, Sha terfikir macam manalah untuk orang yang tak berkemampuan nak meraikan anak-anak.. Bila jadi macam ini memang terasa insaf.. Kalau kita susah, ada yang lagi susah dari kita..

5 comments:

  1. Waalaikumussalam. Subhanallah, semuanya hijau dan yg last tu cantiknya design unicorn 😍

    ReplyDelete
  2. Kuih permata zamrud tu saya tak pernah jumpa lagi. Nama pun pertama kali dengar. Memang popular di kawasan utara ke,Kak Sha?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sure pula memang popular kat sini.. Tapi memang banyak yang berjual di sini.. bezanya pada inti je..

      Delete
  3. kan... kurang kemampuan, kurang la cara meraikannya, sha.
    nowadays, all about duit.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..