Assalamualaikum..
Hye semua..
Kalau Sha diberi rezeki lebih dan ada tanah sendiri memnag menjadi idaman Sha untuk memiliki banglo 1 tingkat.. Sha tak suka rumah bertingkat dan terlalu besar.. Cukuplah banglo 1 tingkat dengan laman yang luas.. Senang nak diuruskan dan dikemaskan.. Anak Sha pun tak ramai.. Korang pun mesti ada rumah idaman kan?? Jom tengok pelan rumah banglo 1 tingkat yang menarik ini.. Ada juga pelan untuk rumah 2 tingkat.. Klik je tajuk tu kalau nak tengok lain-lain pelan rumah..
Rekaan rumah banglo setingkat ini berkonsepkan alam semula jadi di dalam rumah.
Rekaan rumah ini adalah setiap ruang di dalam rumah disambungkan antara satu sama lain dan bertumpukan pada elemen alam semula jadi di dalam rumah ini iaitu open courtyard.
Rekaan open courtyard ini adalah terbuka dan hanya boleh dinikmati oleh pengguna di dalam rumah itu sahaja.
Rekaan landskap courtyard itu terletak kepada cita rasa pengguna. Kemasan luaran rekaan ini bertemakan minimalis dengan minimalkan pengunaan corak dan coping. Disertakan juga rekaan 'light shelf' pada tingkap untuk melantunkan cahaya semula jadi luar masuk ke dalam ruang tertentu di dalam rumah ini.
Dengan keluasan 5221 kaki²,rekaan banglo setingkat ini mempunyai 5 bilik tidur dan 4 bilik air.Rekaan ini sesuai di mana-mana sahaja lokasi tanah yang berbentuk segi empat sama tidak kira di bandar mahupun di desa.
Like & Follow FB Page kami sekarang untuk pelbagai tips membina rumah banglo idaman.
Berkelulusan Sarjana Muda Senibina, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau merupakan staff di Nas Nuri Construction Sdn Bhd yang bertanggungjawab dalam skop rekabentuk arkitektur banglo.
Mudah2an impian tertunai suatu masa nanti
ReplyDeleteWalaupun setongkat tapi cantik sgt Kan. Nak beraihkn pun senang
ReplyDelete