Thursday, April 16, 2020

Day 30 | Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini rasa macam tak cukup masa.. hahaha.. Mana nak tengok anak-anak buat kerja sekolah, pastu nak bantu anak untuk sesi pembelajaran menggunakan Google Meet, kerja Sha lagi.. Belum lagi memasak.. Hahaha.. Memang dasyat bila kerja dari rumah ini.. Sudahnya ambil jalan mudah, buat tomyam campak-campak je.. Mujurlah pes Tomyam ada lagi.. Laju la kerja memasak.. hehehe..

Macam mana dengan kawan-kawan? Okay ke hari ini?? Sha doakan semua dalam keadaan baik, kuat semangat dan tabah melalui PKP ini.. 

Tiga aplikasi tambahan di telefon bimbit Sha.. Digital Learning, Microsoft Teams dan Google Meet.. Best juga guna Google Meet tu.. Boleh link dengan Join.pd (aplikasi pear deck).. Zaman teknologi kan.. 

4 comments:

  1. Alhamdulillah setakat ini baik-baik sahaja.

    ReplyDelete
  2. dah 30 hari dah? serius x kira pun ...

    ReplyDelete
  3. DL murid tue cuba jugak installl.. Lom berjaaya lagi

    ReplyDelete
  4. banyak jugak kaksha download. Saya zoom pun saya malas nak download. Ada meeting pun malas nak join hahaha

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..