Monday, May 11, 2020

Novel | The Arrival oleh Naim Tamdjis

Assalamualaikum..
Hye semua..

Penulis membawakan genre thriller yang menarik.. Kisah seorang lelaki yang muncul secara tiba-tiba dan berjaya melakukan penyembuhan kepada pelbagai penyakit kritikal.. Gayanya memang seperti alim ulama.. Tidak ada cacat celanya.. Namun bila beliau mengaku sebagai Imam Mahadi, kerajaan mula memandang serius.. Polis dan jabatan agama Islam mula mendekati untuk melihat andai ada kecelaruan dalam mengamalkan ajaran Islam.. Malangnya tak semudah yang disangka.. Pengikutnya ramai dan boleh mencetuskan huru hara.. Keajaiban demi keajaiban dipertontonkan dan dia mendapat sokongan dari anggota polis juga.. ASP Rahem meneruskan siasatan namun menemui jalan buntu sehinggalah munculnya Ustaz Zaher.. Akhirnya identiti dia mula terbongkar.. 

Memang ohsem dan menarik.. Mendebarkan..

Dha baca dan selesai pada 08.07.2020..

Koleksi ebook Sha..
Published April 2020 by Naim Tamdjis

3 comments:

  1. Macam menarik jalan ceritanya.

    ReplyDelete
  2. sinopsisnya nampak sangat menarik

    ReplyDelete
  3. kan..menarik sangat buku ni.. Hai sya..saya pun ada buat review sikit2. just beginning :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..