Sunday, May 30, 2021

Buku | Manuskrip Melayu Yang Hilang oleh Naim Tamdjis


Assalamualaikum..
Hye semua..

Bacaan terakhir untuk bulan Mei.. Sha memilih buku ini sebab dah lama tertangguh sebenarnya.. Hahaha.. Bukan tak menarik tapi bacaan ilmiahkan kenalah ambil masa sedikit..

Buku ini menceritakan bahawa terdapat 20000 manuskrip Melayu yang berada di luar negara namun Perpustakaan Negara Malaysia turut berusaha mendapatkannya semula.. Betapa sepatutnya kita sebagai orang Melayu perlu berbangga dengan keadaan ini.. Betapa tamadun kita bukanlah biasa biasa sebenarnya.. Buku ini berjaya menyampaikan dengan menarik mengenai sejarah, sastera,agama, ilmu laut, undang-undan dan beberapa perkara lain.. Pada Sha usaha penulis dengan menerbitkan buku ini satu usaha yang bagus dalam memberi kesedaran awal pada generasi masa kini..

Tajuk yang paling menarik pada Sha dah tentulah Unsur Mistik dalam Manuskrip Melayu.. Tajuk ini menyampaikan bagaimana manuskrip lama ini mempunyai cerita mengenai jampi serapah, ritual pelik, ilmu sihir, grafik jin atau hantu dan mitos serta lagenda lama.. Memang bacaan yang berbaloi..

Sha baca dan selesai pada 29.05.2021..

Koleksi peribadi Sha..
Published by Patriots Publications

Bila beli dengan penulis, pasti ada coretan dan tandatangan..

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..