Assalamualaikum..
Hye semua..
Disebabkan hari Jumaat ada jamuan di pejabat dan Sha tak tahu nak bawa apa, makanya Sha masak je apa yang ada dirumah.. Kebetulan memang ada stok durian yang Sha frozenkan supaya tahan lama, maka bersilatlah kita didapur membuat kuah durian.. hehehe.. Saja je guna metafora hyper bola.. Walhal tak adalah susah mana pun..

Bahan-bahannya:-
Buah durian
Santan kotak
Gula dan sedikit air (takda dalam gambar)
Bubuh je santan dan durian dalam periuk.. Sha guna sekotak santan supay kuah durian lemak memikat.. hehehe.. Tambahkan sedikit air.. Kalau nak cair sedikit, boleh lebihkan air.. Didihkan atas dapur sehingga menggelegak, masukkan gula ikut kesesuaian rasa anda.. Nak manis, bubuh banyak.. Taknak manis, bubuh sedikit.. Gitu.. Kacau dan pastikan gula mencair dan sebati dengan durian dan santan.. Yeah!! Dah siap..
Bolehlah cicah bersama roti gardenia, roti jala atau makan macam tu sahaja.. Terpulang pada anda bagaimana mahu dimakan.. Selera anda bukan selera saya.. hehehe..
Tips tambahan
Kalau nak lagi sedap boleh gunakan gula melaka/gula kabung dan tambahkan daun pandan supaya kuah lebih wangi..
Tips tambahan
Kalau nak lagi sedap boleh gunakan gula melaka/gula kabung dan tambahkan daun pandan supaya kuah lebih wangi..
Buat cicah lempeng pun sedap
ReplyDeleteSedap ni . Cicah dengan roti gardenia ala-ala sangkaya pandan tue
ReplyDeleteOoo...senang aje buatnya ya... tak pernah buat
ReplyDeleteAbah saya punya favourite ni yumss
ReplyDeleteuihhh sedap sangat nih,kenacari durian jugak nampaknya ni
ReplyDeleteSedapnya durian.
ReplyDelete