Wednesday, July 22, 2020

Fasa 6 PKPP | Day 43

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bermulalah hari persekolahan pertama.. Penuh drama di pagi hari.. hahaha.. Lama tak bangun awal dan bersiapkan.. Mujurlah Imani pakai baju PJ hari ini.. Cepatlah mak menyiapkan dia.. Sha usaha bangun awal dan siapkan bekal mereka.. Kalau boleh tak nak menyusahkan cikgu untuk uruskan mereka beli makanan di kantin.. Alhamdulillah sebelah pagi tak ada masalah sangat.. Lengkap keperluan mereka.. Sesi pembelajaran pun nampak okay..

Sekolah petang pun Sha bekalkan anak-anak dengan makanan.. Elok je mereka ke sekolah.. Tapi jam 3.30 petang ustaz telefon Sha dan maklumkan Imani demam.. Berdebar dada.. Terus gi ambil dia.. Ustazah kelasnya cakap masa sampai jam 2.15 petang tu memang dia tak demam.. Masuk je kelas dia duduk diam dekat kerusi dan tidur.. Ustazah pegang dahi dia, tengok dah panas.. Tu yang ustaz terus telefon dan maklumkan Sha.. Ambil terus bawa balik dan bagi makan ubat.. Terkejut ke sekeolah agaknya.. Esok kalau demam memang tak bagi dia pergi sekolah..

Harapnya semua okaylah esok..

Menu lunch gitu.. hehehe.. Sha beli wrap ini dengan jiran kuarters.. RM5 sahaja..

8 comments:

  1. Wkmsalam
    Selamat kembali bersekolah buat anak2

    ReplyDelete
  2. Wrap nampak sedap. RM5 je, murah tu. yg penting menu sihat kan...

    ReplyDelete
  3. memang agak kelam kabut macam baru mula sekolah di awal tahun... nasibla si aiyan mudah bangun awal sebab sejak mama kerja dia pun ikut ke opis bila paksu dah balik kampung.
    sedap nengok wrapnya tu, memang kenyang besar gitu

    ReplyDelete
  4. sbb lama duduk rumah, tup tup hari tu kena gi sekolah...bertabah ya imani ;-)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..