Assalamualaikum..
Hye semua..
Dah ada yang bercuti ke sempena Aidiladha?? Sha tak boleh cuti sebab bagi laluan pada kawan-kawan yang nak bercuti.. Mereka nak merentas negeri, bagi peluanglah.. Lagipun kampung MIL dalam Perak je.. InsyaAllah boleh balik selalu.. Hari ini dah tinggal berdua je.. Ada 2 rakan dah mula bercuti dan bos pula ada mesyuarat luar kawasan.. Sunyi je rasa pejabat.. hehehe.. Sempatlah menampal tanda arah untuk kemasukan pelajar minggu hadapan.. Minggu depan sibuklah balik perpustakaan, pelajar baru dah mula masuk kampus..
Tengah bersunyi-sunyian tadi ada pensyarah datang minta semak status pelajar yang nak berhenti.. Tak ada masalah kita kasi cop satu.. Lepas tu dapat coklat.. Adoilah.. macam-macam pensyarah ini.. Orang bagi, kita amik jelah.. Rezeki jangan ditolak..
Malamnya sibuk pasangkan tag qr kod untuk kehadiran anak-anak.. Sekarang senang cikgu nak ambil kedatangan.. Scan qr kod je..
Sedap tau coklat ini.. Ada rasa masin-masin sikit sebab salted caramelkan.. hehehe.. Macam nak kena cari je.. Special edition ini..
Tag untuk anak-anak pakai ke sekolah..
sha org perak ke? org mana sha?
ReplyDeleteKalau kampung Sha dekat Ayer Tawar, Shida..
DeleteKampung MIL pula dekat Kg. Gajah..
Nampak sedap coklat SE tu :)
ReplyDeleteMemang sedap.. untuk sha lah.. hehehe
DeleteNampak sedap coklat tu.
ReplyDeleteuntuk akak memang sedap Jannah..
DeleteMacam2 makanan baru yang sha perkenalkan kat blog sha ni kan.. bagusnye la.. yg tataw jadi tau..
ReplyDeleteHehehe.. Kebetulan jumpa dan beli.. Kita share lah kat sini.. hehehe
Deletewowww... bahaya baca blog kak sha ni.. too much food.. terliur
ReplyDeleteHahaha..
Delete