Thursday, July 30, 2020

HelloDoktor | Kotak Disinfeksi Boleh Cegah COVID-19?

Assalamualaikum..
Hye semua..



Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Pernahkah anda disambut dengan sebuah kotak disinfeksi atau disinfection box ketika mahu masuk ke sebuah premis perniagaan?

Kotak disinfeksi tersebut memerlukan anda untuk lalu di dalamnya sebelum bertindak menyembur anda dengan cecair nyahkuman.

Kotak tersebut nampak seperti alat yang berteknologi tinggi. Penggunaannya juga adalah untuk cegah penularan COVID-19. Namun, adakah semua dakwaan ini benar?

Jom ikuti artikel kami dengan lebih lanjut untuk mengupas isu penggunaan kotak disinfeksi pada pintu masuk premis perniagaan.

Sebelum teruskan bacaan, mari lihat statistik terbaharu COVID-19 di Malaysia:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

8,800
Disahkan

8,555
Sembuh

121
Kes Kematian
Peta sebaran

Penggunaan kotak disinfeksi (disinfection box) lagi berkesan dari mask & hand sanitizer?


Kotak disinfeksi ini berfungsi dengan cara menyembur cecair nyahkuman ke atas individu yang bergerak melepasi kotak tersebut.

Bayangkan pintu masuk ke dalam sebuah premis cuci kereta. Begitulah lebih kurang bentuk serta cara kotak disinfeksi ini berfungsi.

Ia akan menyembur individu selama sekurang-kurangnya 20 hingga 30 saat dengan cecair disinfeksi untuk pastikan individu tersebut bebas daripada kuman.

Industri yang menjual kotak disinfeksi ini mendakwa produk ini merupakan satu produk mudah alih yang boleh dipasang di mana-mana pintu masuk premis dengan mudah.

Ada juga kotak disinfeksi yang datang dengan bahan nyahkuman sendiri yang turut mendakwa bahan yang mereka guna tidak akan mendatangkan mudarat pada permukaan kulit.

Mereka juga berkata cara semburan ini lebih murah kerana kosnya hanyalah 10 sen sekali semburan.

Walau bagaimanapun, harga kotak tersebut pula boleh mencecah ribuan ringgit. Menurut KKM, kotak disinfeksi tersebut boleh bernilai antara RM1,000 hinggalah RM7,000 sebuah.

Anda mungkin berminat:


Berkesankah guna kotak disinfeksi?

Namun, adakah cara menyembur dengan cecair disinfeksi ini berkesan? KKM telahpun membuat kenyataan akhbar pada 15 April yang lalu berkenaan dengan isu ini.

Menurut KKM, cara nyahkuman sebegini tidak berkesan dan boleh membawa mudarat pada mata dan mulut individu yang melalui kotak tersebut.

WHO juga tidak menggalakkan cara disinfeksi luaran untuk membunuh virus.

Selain itu, jangka masa 20 hingga 30 saat tidak cukup untuk membunuh virus. Proses ini juga tidak efisien untuk melawan COVID-19 kerana ia tidak mampu membunuh virus yang berada dalam badan manusia.

Malahan, virus korona merebak melalui satu individu ke individu yang lain melalui titisan air yang terhasil ketika seseorang itu batuk, bersin ataupun bercakap.



KKM telahpun membuat tinjauan ke atas beberapa jenis model yang digunakan di pintu masuk premis di seluruh Malaysia setelah mendapat laporan daripada orang awam.

Di samping tiada bukti saintifik tentang pengunaan alat ini untuk membanteras penyebaran COVID-19, risiko jangka panjang penggunaan alat ini juga tidak dapat dipastikan.

Oleh itu, alat ini mungkin tidak perlu untuk digunakan pada pintu premis perniagaan. Bukan sahaja ia tidak berkesan, malah harganya juga mahal.
Jangan terpedaya dengan alatan yang nampak canggih

Walaupun kotak disinfeksi ini nampak canggih, pihak KKM tidak menyarankan pengunaannya sebagai langkah untuk mengurangkan jangkitan COVID-19.

Mungkin sebahagian jenama kotak disinfeksi ini menggunakan bahan nyahkuman yang berkesan untuk melawan COVID-19, tapi ada juga jenama yang menggunakan bahan seperti chlorhexidine digluconate, menyebabkan iritasi kepada kulit.


Selain itu, bahan disinfeksi lain yang juga digunakan seperti Ammonium Quartenary compound (QAC), klorin dan komponen yang mengandungi klorin memang terbukti boleh membunuh virus COVID-19.

Tetapi, ia selalunya digunakan di atas permukaan seperti kaca dan besi dan bukannya untuk disembur kepada manusia.

Oleh sebab pakaian manusia dikira sebagai permukaan yang berlubang-lubang dan tidak rata (porous material), CDC mencadangkan untuk membasuh pakaian menggunakan suhu yang paling panas dan kemudian sidai sehingga kering.

Cara ini sudah memadai untuk membunuh virus yang mungkin terlekat pada pakaian. Selain cara ini, cara menyembur cecair disinfeksi sudah pasti tidak akan berkesan.

Alat disinfection box ini sama seperti pemakaian health-tag dan juga mandi herba biji sawi yang kononnya berupaya untuk membasmi virus COVID-19.

Kedua-duanya merupakan amalan yang tidak ada bukti dapat mencegah virus COVID-19.

Cukup sekadar amalkan amalan seperti jaga jarak sosial, kerap basuh tangan dan juga pakai pelitup muka. Kesemua amalan ini terbukti dapat mengelakkan virus COVID-19 daripada merebak.

Oleh itu, sebelum anda mencuba apa-apa alat yang kononnya boleh membunuh virus COVID-19, fikir-fikirlah dulu sebelum mencuba.

Penggunaan kotak disinfeksi bukan sahaja tidak berkesan, malah membazir kerana harganya yang agak mahal di pasaran Malaysia.

Ingat ya, alat yang nampak canggih tidak semestinya benar-benar berfungsi!
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

3 comments:

  1. ada juga kotak ni dekat clinic...
    hmmm taktau nak cakap apa

    ReplyDelete
  2. fuhhh nasib baik tak ramai yang beli lagi kotak disinfeksi ni. Harga dah la mahal tapi tak berkesan pun

    ReplyDelete
  3. itu belum lg dakwaan makcik senah yg jual gelang yg kononnya boleh cegah Covid 19.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..