Friday, July 3, 2020

PNM e-Reader | Selamat Bermimpi Bulan oleh Tiffirah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah Hannah yang beradalam kemurungan yang teruk namun tidak disedari oleh ayahnya.. Akibat kemurungan ini Hannah telah membiarkan dirinya berada dalam keadaan tidur tanpa bangun selepas satu kemalangan.. Semuanya keran tidak mahu berdepan dengan dunia yang terlalu kejam dan menyebabkan Hannah semakin depresi.. 

Novel ini menyedarkan Sha bahawa kemurungan bukanlah sesuatu yang boleh diabaikan.. Sifat manusia memang kejam.. Hanya kerana inginkan sesuatu yang bagus, menindas dan menjatuhkan manusia lain menjadi sesuatu yang mudah.. Dalam diri manusia sendiri sudah ada sifat hitam, sekiranya tidak dibendung dengan cahaya keimanan manusia akan hanyut kelembah kehancuran.. Ini apa yang Sha dapat selepas membaca novel ini.. 

Penulis menggunakan cara fantasi untuk menyampaikan mesej yang berat.. Walaupun ada beberapa ketika Sha tak berapa boleh nak hadam namun Sha puji usaha penulis.. Ini buku pertama beliau yang Sha baca dan Sha tertarik untuk membaca buku beliau yang lain..

Sha baca dan selesai pada 29/06/2020..

Sha baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published 2018 by Anggun Melor Sdn Bhd

3 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..