Friday, August 28, 2020

Beli ebook di Google Play Book

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hye semua.. Zaman sekarang ini selain buku fizikal, ebook juga antara pilihan pembaca sekarang.. Banyak kedai maya yang jual buku digital ini.. Tapi ini pertama kali Sha berjaya beli buku digital di Google Play Book.. Sebelum ini Sha ada mencuba tapi tak berjaya sebab pembayaran guna credit/debit card, Buy Google Play Credit @ redeem code.. Semalam je berjaya sebab ada keluar option bayar menggunakan Tune Talk credit.. Tapi ada extra caj tau.. Macam Sihir tu RM5.30+030 maknanya Sha bayar RM5.60.. 

Buka aplikasi Google Play Book di telefon anda dan klik pada perkataan Shop..

Pilih buku yang nak dibeli dan klik butang biru yang tertulis ebook dan harga..

Pilih telco yang disenaraikan.. Macam Sha dia terus keluar Tune Talk.. Sebab Sha pakai Tune Talk.. Kemudian klik Buy eBook.. Bila dah berjaya beli, Google akan hantar email resit pembelian..

Nanti buku akan keluar di bahagian library aplikasi Google Play Book anda.. Klik read untuk muat turun dan baca.. Bila dah muat turun, anda boleh baca bila-bila masa sahaja walaupun tanpa internet..

5 comments:

  1. thank you for the tutorial kak sha, tapi best lagi klu actual buku kan.... lagi feel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lagi feel buku fizikal tapi buku digital ini pun ada kelebihan juga.. hehehe..

      Delete
  2. pernah download yang free..tapi cerita dia biasalah..tak habis

    ReplyDelete
  3. Cik TK cuba untuk berjinak-jinak dengan ebook, baca kat fon.. tapi tak leh nak khusyuk sangat.. banyak gangguan.. jap2 mesej masuk.. hahaha

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..