Saturday, August 1, 2020

Fasa 6 PKPP | Day 52 & 53

Assalamualaikum..
hye semua..

Macam mana Raya Aidiladha anda? Mesti meriahkan.. Berkumpul beramai-ramai.. Bertemu sanak saudara.. Sha malam Raya baru balik kampung.. Merasalah tempuh jem sekejap.. hehehe.. 

Semalam sempatlah beraya ke rumah kawan MIL.. Disebabkan kelam kabut balik lupa terus pes nasi arab.. Sudahnya menu raya kami lemang kukus dalam cawan dan rendang kerang.. Sibuk beraya sampai lupa nak snap gambar.. Hehehe.. 

Hari ini dah gerak balik.. Anak-anak punya baju sekolah tak bergosok lagi.. Sha pas baton dekat adik ipar.. Mereka sampai pagi tadi.. Meriahlah rumah MIL bila semua berkumpul.. Siap merancang aktiviti bercuti.. Harapnya menjadilah.. InsyaAllah..

Balik kampung mesti beli air nie.. hehehe.. Nenas tu kurang menarik.. Strawberry tu sedap..

Buah dalam buah kelapa tua.. hehehe.. Sedap tau.. Sha suka makan buah nie.. manis..

Singgah Marrybrown Teluk Intan untuk makan malam.. Sha beli salted egg ini.. Sedap.. Kemain meriah dia siram kuah salted egg tu dekat ayam..

Bubur pedas (RM7).. pun sedap.. Sambal dia Sha asingkan.. Anak-anak tak nak makan kalau ada sambal.. hehehe..

3 comments:

  1. suka jugak umbut kelapa tu! Dah lama tak makan

    ReplyDelete
  2. sy panggil tombong (buah dlm kelapa tu) dulu x suka yg bersaiz besar. suka yg kecil sbb lbh rangup hehehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..