Tuesday, August 4, 2020

Fasa 6 PKPP | Day 55 & 56

Assalamualaikum..
Hye semua..

Day 55
Semalam bermulalah kembali rutin berkerja seperti biasa dengan norma baru.. Bertugas di kaunter menggantikan rakan sekerja yang bercuti.. Walaupun telah diwartakan mengenai penggunaan MySejaytera, tetap ada yang tak mahu mematuhi dan sombong.. Bukan susah, duduk je diluar tak perlu masuk.. Ada sebab kenapa aplikasi MySejahtera tu diwujudkan.. Geram je tengok perangai manusia yang degil ini.. Telefon canggih boleh pakai, muat turun aplikasi MySejahtera yang mudah tu susah pula.. Rasa macam nak katok je kepala mereka ini.. Tu belum lagi isu pemakaian mask.. Haiah.. Sakit pula hati kita..

Menu sarapan dan bekal anak-anak ke sekolah semalam.. Spaghetti carbonara dengan sosej dan cendawan..

Petangnya dapat pengat pisang dari pengasuh anak.. Sedap tak boleh bawa bincang.. hehehe..

Day 56
Hari ini bermula dengan agak penat.. Semalam tak cukup tidur.. Pagi tetap kena bangun awal.. Sekarang kena rajin sediakan bekal untuk anak-anak.. Petang terima bungkusan yang dibeli dari Shoppee.. 100pcs mask budak dan 100pcs mask dewasa.. Balik kerja singgah rumah adik ipar ambil daging korban dan juga sos perapan.. Biras Sha berniaga ayam golek dan menu western.. Dia buat jual rempah perapan tu.. Malam ini nak kena tidur awal.. Tak lalu nak berjaga.. 

100pcs mask dewasa..

100pcs mask kanak-kanak..

10 comments:

  1. kalau tak nak pakai apps, jgn masuk premis tu, senang. tapi perangai manusia yg merumitkan.

    ReplyDelete
  2. selamat kembali bertugas sha. saya dah lama dah start ni. mmg ramai yg masih ingkar kepada arahan tuk cek in dan guna mask. taktau lah kenapa susah sgt tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ awak.. sebelum ini dah kerja tapi tak buka kaunter.. Pelajar baru masuk minggu ini..
      part mask dan suhu tu memang menggeramkan..

      Delete
  3. sedapnya pengat pisang.. fevret !!
    lagi sedap kalo jenis pisang masam2 tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergh!! Kalau pisang dia masam2 lagi mantap.. hehehe

      Delete
  4. geram bila nampak orang jalan tempat awam tak pakai mask.. rasa mcm nak p marah

    ReplyDelete
  5. Spagheti carbonara nampak sedap. Lama tak makan.

    ReplyDelete
  6. betul setuju..ada juga semngat nk scan..tibe2 xleh scan..xtau kpe..lg confius shida pun..

    ReplyDelete
  7. sy baru je order mask... harap2 kualitinya elok sikit banding sebelum ni. pantang tegang sikit, dah putus. eeee...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..