Thursday, August 20, 2020

HelloDoktor | Jangan Takut Dengan Kolesterol, Bukan Semuanya Jahat!

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tak semua kolestrol itu jahat.. Ini 10 makanan yang ada Kolestrol baik HDL.. Ini info Sha kongsikan dari laman sesawang HelloDoktor.. Semoga bermanfaat..


Apabila berbicara mengenai kolesterol, pelbagai tanggapan negatif muncul di minda kita. Penyakit berbahaya sering dikaitkan dengan kolesterol seperti serangan jantung dan strok. 

Namun, tidak semua kolesterol berbahaya untuk tubuh kita. Sebenarnya, kolesterol merupakan zat lemak yang diperlukan oleh tubuh untuk mencipta sel-sel baru agar tubuh terus berfungsi dengan normal.

Terdapat 2 jenis kolesterol yang dikenal pasti iaitu kolesterol HDL yang baik untuk tubuh dan kolesterol jahat LDL.

Ketahui dengan lebih lanjut mengenai kebaikan kolesterol HDL dan makanan tinggi dengan zatnya.

Apa itu kolesterol HDL?
HDL atau lipoprotein densiti tinggi adalah seperti pembersih vakum untuk kolesterol dalam badan.

Apabila ia berada dalam tahap yang sihat dalam darah anda, ia boleh menyingkirkan kolesterol dan penumpukan plak dalam arteri anda.

Kemudian, lemak-lemak tersebut akan dihantar ke hati anda di mana proses penyingkiran lemak dari badan akan berlaku.

Akhirnya, ia membantu untuk mengurangkan risiko serangan jantung dan strok dalam jangka masa panjang.

Tahap kolesterol HDL yang optimum
Persatuan Jantung Amerika (AHA) menyarankan ujian darah kolesterol pada usia seawal 20 tahun.


Jika HDL anda berada di bawah 40 mg/dL, ia dianggap rendah dan bahaya untuk kesihatan anda.

Oleh itu, ketahuilah jenis makanan tinggi HDL untuk penjagaan organ penting tubuh anda.

10 makanan tinggi kolesterol HDL

Sebenarnya, makanan tidak dapat meningkatkan HDL secara langsung. Namun, beberapa faktor seperti perubatan dan persekitaran boleh membantu anda. Sesetengah hormon seperti estrogen dan tiroid boleh meningkatkan konsenstrasi HDL dalam tubuh anda. Pilihan makanan kolesterol tinggi yang betul boleh menurunkan kadar LDL anda, yang secara tidak langsung boleh meningkatkan nisbah HDL ke LDL anda.

#1 Minyak zaitun
Jenis lemak yang terdapat dalam zaitun dan minyaknya adalah baik untuk jantung anda. Ia boleh menurunkan kesan keradangan disebabkan oleh kolesterol LDL pada badan anda.

Namun, pastikan anda menggunakan minyak zaitun dalam jumlah yang sederhana kerana ia mengandungi kalori tinggi.

#2 Avokado

Buah avokado sering kali digunakan sebagai hidangan dalam salad, sandwic atau sos celupan.

Avokado tinggi dengan jenis lemak yang sihat seperti folat dan lemak monotaktepu. Ia membantu untuk menurunkan LDL dan mengurangkan risiko anda untuk strok dan penyakit jantung.

Selain itu, ia juga kaya dengan serat, yang secara semula jadi membantu menjaga kolesterol dalam keadaan yang terkawal.

#3 Ikan tinggi omega-3

Asid lemak omega-3 yang terdapat dalam beberapa jenis ikan boleh menurunkan LDL anda. Beberapa pilihan yang elok untuk tubuh anda termasuklah :
ikan salmon
ikan tenggiri
ikan sardin
ikan tuna
ikan trout pelangi

Sertakanlah ikan-ikan tersebut dalam hidangan anda sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

#4 Buah-buahan berserat tinggi



Sertakan buah-buahan tersebut dalam hidangan oat atau bijirin anda, jus mahupun sebagai pencuci mulut selepas makan tengah hari atau malam.
#5 Kekacang

Seperti biji-bijian, kekacang tinggi dengan sumber serat yang mudah larut. Pilihlah kekacang seperti kacang hitam, kacang polong bermata hitam, kacang merah, kacang lentil dan sebagainya.

Kekacang dalam tin mengandungi kira-kira separuh kandungan folat daripada kacang kering yang dimasak. Folat merupakan vitamin yang penting untuk kesihatan jantung anda.

#6 Biji-bijian penuh

Biji-bijian penuh seperti oat, bijirin dan beras perang boleh menurunkan kadar LDL dan jumlah kolesterol anda.

Ini seterusnya boleh meningkatkan tahap HDL anda. Hal ini kerana makanan ini mengandungi serat senang larut yang tinggi, terbukti mampu menurunkan tahap LDL.

Ambillah sekurang-kurangnya 2 hidangan bijirin penuh setiap hari.

#7 Biji chia


Menambahkan biji chia ke dalam pemakanan boleh membantu menurunkan kadar LDL dan tekanan darah.

#8 Rami

Biji rami dan minyaknya mengandungi asid lemak omega-3 yang baik untuk jantung anda.

Ramai dalam kalangan vegetarian menambahkan rami dalam diet mereka seperti campuran oat, bijirin, salad, yogurt dan sebagainya.

#9 Soya bantu tahap kolesterol HDL


Penurunan kadar LDL dapat dilihat jika konsumsi daging berkurangan, dan kolesterol HDL akan meningkat.

Edamame yang dikukus tanpa garam boleh dijadikan snek yang lazat. Selain itu, tauhu panggang dan resipi kebab tauhu juga sedap untuk dimakan.

#10 Wain merah


Pengambilan yang digalakkan ialah sebanyak satu gelas sehari untuk wanita, dan dua gelas sehari untuk lelaki.

Namun, berbicaralah dengan doktor anda sebelum mula mengambilnya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

6 comments:

  1. First time dengar rami.. Ammi nak gi Google la jap lagi.

    Yg nombor 10 camne? Bila boleh minum bersama hahahah

    ReplyDelete
  2. selama ni klu dgr kolestrol jer mesti fikir jahat..rupanya ada kebaikan dia

    ReplyDelete
  3. nice info sharing sha..moga manfaat pada org yg berkolestrol tinggi..

    ReplyDelete
  4. dulu mmg rajin minum soya... tp laa ni dah malas laa pulak hehehehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..