Monday, August 17, 2020

MySejahtera: 'Check in' Untuk Satu Keluarga

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha nak kongsikan cara untuk kita check in satu keluarga dengan aplikasi MySejahtera.. Cara yang sangat mudah dan tak payah nak pening-pening.. Macam Sha, boleh bubuh nama suami, MIL dan anak-anak.. Kalau semua ini ada, terus tick nama mereka bila check in.. Cara dia seperti dibawah..

Buka aplikasi My Sejahtera.. Paparan atas ini akan keluar, klik close..

Pergi dekat paparan menu seperti diatas dan klik more..

Pilih Manage Dependents..

Klik pada butang Add dependents..

Masukkan butiran pasangan/anak-anak dan tekan save.. Nanti jangan lupa isi maklumat tambahan di Things to do.. Ini jawab soal selidik mengenai kesihatan je.. Ada 3 soalan kalau tak silap Sha..

Bila dah selesai tu, klik pada butang Check-in.. 

Bolehlah tick pada nama yang ada bersama anda ketika check in.. Lepas tu klik check in dan scan QR Code My Sejahtera di premis yang anda ingin masuk.. Senang kan.. Kalau anda seorang sahaja, tak payah tick nama terus klik Check-in, Scan QR Code My Sejahtera..

7 comments:

  1. Bagusnya..good info sha..lepas ni boleh buat xpayah pakat semua nak scan kan..ia membantu utk pusat tuisyen shida juga..ada yg sampai 3 beradik..smpai 3 3 kena bawa telefon utk scan ^_^ tq sha..

    ReplyDelete
  2. kes di kedah makin meningkat, risau pula sekarang ni :(

    ReplyDelete
  3. lg sng mcm ni esp kalu pergi reramai ke suatu tempat...

    ReplyDelete
  4. tq for sharing. Ayu pun baru tau & dah buat dah..

    ReplyDelete
  5. dana pun dah buat isi maklumat tuh...

    ReplyDelete
  6. finally boleh bawak atok nenek jenjalan sbb diorg takde phone nak scan kan.. ni dah senang and jimat masa

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..