Tuesday, August 25, 2020

Perjalanan Budget Kami

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha dan encik suami berjalan menaiki motor ke Ipoh, Kuala Kangsar dan balik ke Behrang.. Perjalanan bermula seawal 8.15 pagi dan selamat sampai jam 5.20 petang.. Kebas punggung lah.. Hahaha.. Entah apa mimpi encik suami ajak berjalan walhal belum lagi gaji.. Sha okay je sebab dah lama tak keluar berdua.. Budget kami RM45.60 untuk makan dan RM21.20 untuk minyak motor (Ron97)

Mee Kari Ami
31600 Gopeng, Perak
Kali kedua sebenarnya Sha ke sini.. Kali ini Alhamdulillah tak ramai orang.. Sha makan mee kari dan encik suami makan mee kicap.. Okaylah..
Total lost di sini RM11

Taman Rekreasi Gunung Lang
 Jalan Damai, 30100 Ipoh, Negeri Perak
Dah lama teringin nak singgah kat sini.. Akhirnya berjaya juga.. Bergambar je..

 Selera Kampung Bendang Panjang
Jalan Sultan Iskandar Shah, Kampung Bendang Panjang, 33000 Kuala Kangsar, Negeri Perak
Ada macam-macam menu menarik dekat sini.. Nasi berlauk, sizzling, waffle, western dan goreng-goreng.. Kami makan sizzling..
Total lost RM18

Tengah ramai nak bergambar, ada orang shooting apa entah kat sini.. Memang menghalang aktiviti bergambarlah.. Sudahnya kami ke seberang sebelah sana.. Mujur naik motor, bolehlah ikut laluan motor.. hehehe..

Ini bawah jambatan seberang sungai.. Memang menarik.. Ada barang-barang antik..

Victoria Bridge
Kampung Kapor, 31050 Enggor, Perak
Dapatlah bergambar.. Sha tak berani nak ke tengah.. Very very scary.. Hahaha.. Suku jalan je.. Gayat tak boleh bawa bincang.. Encik Suami gelak je tengok Sha..

Warung Telaga Kota Lama Kiri
Kampung Kuala Chempias, 33000 Kuala Kangsar, Perak
Best makan kat sini.. Suasana dia pun syok je.. Berangin.. Total dekat sini RM16.60

8 comments:

  1. fuhhhh syoknya pergi berdating hihi. Best la naik motor, jimat banyak sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Farhana.. Memnag jimat banyak sangat..

      Delete
  2. wahh pergi dating ye....? hehe menarik la lokasinya tapiiii jauh.. huhu.. Cik TK pun kalau jalan-jalan (sekitar KL) jarang naik kereta. Naik je tren. Kalau jauh atau lokasi tak dapat dicapai dengan public transport maka bawa kereta jugalah jawabnya

    Oh ya.. Cik TK nak tag Sha!! Segmen giveaway yang Cik TK join berkenaan buku

    https://tetikusmerah.blogspot.com/2020/08/520-giveaway-by-garaeki.html

    ReplyDelete
  3. Warung telaga dah pernah gi..ABC dia sedap..yg bendang panjang tk sampai lg..

    ReplyDelete
  4. menariknya..kpe shida mcm xtahu tempat tu ^_^
    wahh ride saja..mmg terbaik..nsb cuaca pn mmberi kerja sama kan :)
    syukur selamat pegi dan balik :)

    ReplyDelete
  5. Dina kg dekat ipoh pun tak pernah lagi pergi sini

    ReplyDelete
  6. Bestnyaaa! Ipoh banyak tempat best best. Kena pergi ni one day! ^^

    ReplyDelete
  7. wah bawah jambatan ada barang antik?? dasyat....

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..