Saturday, September 26, 2020

3 Hari 2 Malam di Terengganu

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha sekeluarga ke Terengganu bersama MIL, keluarga adik ipar dan kakak ipar sekeluarga.. 3 biji kereta dengan 7 orang dewasa dan 4 orang kanak-kanak.. Perancangan yang ditunda dari bulan Mac aritu.. Tujuan utamanya nak ke Kelantan sebab sepupu encik suami kahwin tapi macam tak berbaloi pula kalau ke Kelantan sahaja.. Tu yang kami ke Terengganu dahulu baru ke Kelantan.. hehehe.. 

Awal perjalanan kami ke Pahang dulu singgah makan di Restoran Mabiq 2 untuk bawa MIL makan Pais Tempoyak Ikan Patin.. Patutnya pergi Restoran Mabiq tapi dah tutup tu yang pergi cawangan kedua dia.. Cawangan ke dua ini tepi jalan je.. Lepas makan terus gerak ke Terengganu melalui jalan lama.. Memang layanlah..

Kami singgah makan malam dulu sebelum gerak ke Homestay.. Sampai Homestay semua pengsan.. hahaha.. Penat berada dalam kereta seharian kan..

Hari Kedua

Seawal pagi dah pergi bersarapan nasi dagang di Kak Pah Nasi Dagang.. Memang sedap dan ramai orang.. Kuah dia pekat dan nasi dia sedap.. Lepas sarapan baru kami ke masjid terapung tapi tak dibuka untuk orang ramai maka ke Pasar Payanglah kami.. Sampai Pasar Payang naik bot tambang dulu menyeberang sungai pergi balik.. Bayar RM2 pergi dan RM2 balik.. Seronok anak-anak Sha menaiki bot.. hehehe.. Jalan dalam Pasar Payang beli jajan.. 

Makan tengahari di Nasi Ayam Yunnan dekat Medan Selera Pantai Batu Buruk.. Nasi Ayam dia ohsem.. Memang puas hatilah makan..

Lepak pantai Batu Buruk sekejap melepaskan lelah dan bergambar.. hehehe..

Kemudian ke Masji Kristal tapi tak boleh masuk sebab Masjid dalam kerja-kerja pembaikan.. Bergambar dari jauh je.. 

Minum petang di SCT Celup Tepung yang agak tersorok dari kawasan tumpuan.. Makanannya murah dan tak ramai orang.. Memang best..

Malamnya mendobi sekejap dan kemudian baru ke Dapur Pata untuk makan malam.. 

Hari ketiga
Seawal pagi Sha dan encik suami dah keluar cari sarapan... Makan nasi lemak lauk ikan, laksam dan kuih muih.. Lepas sarapan terus gerak cari keropok lekor dan satar.. Malangnya kedai keroppok hanya jual keropok mentah sahaja.. Yang bergoreng, payah nak jumpa.. Berjalan semasa PKPP ini banyak tempat yang tak boleh dituju.. Maka teruslah kami gerak ke Pasar Payang semula sebab MIL ada nak beli barang.. Hari Jumaat kan Terengganu cuti, punyalah ramai orang sampai parking tak ada.. Maka MIL dengan encik suami je yang turun.. Lepas beli baarang singgah bergambar di Jambatan Angkat.. Ambil gambar di bawah je sebab hujan, masing-masing malas nak jalan naik.. Kemudian singgah Pantai Penarik untuk makan tengahari dan terus gerak ke Kelantan..

6 comments:

  1. wah jauh berjalan. makanan pun sedap, itu yg paling penting..hehe

    ReplyDelete
  2. Wahh seronok jalan2..harap lepaas ni covid makin surut dan semua tempt bole pergi seperti biasa

    ReplyDelete
  3. atie teringin nak pegi terengganu.. tak pernah jejak kesana pun

    ReplyDelete
  4. Seronoknya makan kenduri smbil2 makan angin hehee
    Shida last bercuti masa raya haji..
    lepas tu xtahu lg bila nk jalan2..skali2 jalan2 seronok juga kan :)

    ReplyDelete
  5. Seronoknya cuti-cuti Pantai Timur!

    ReplyDelete
  6. seronok, jalan2, makan2..shopping kepok lekor..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..