Wednesday, September 30, 2020

Komik | Dia Tak Rasa Aku Comel oleh Yuki Ishikawa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik ini tak sesuai diberi pada anak-anak baca ye.. Ada adengan kissing.. hehehe.. Tapi kisah budak sekolah menengah yang comel.. Bila perempuan bijak cuba menjadi cantik dan menjadi perhatian ramai hingga terpaksa berpura-pura tak pandai.. Namun kemunculan seorang lelaki menghancurkan semua kecomelan perempuan tersebut.. Karekter lelaki tu membentuk perempuan tu untuk jadi dirinya semula.. Walaupun comel tak salah pun kalau pandai.. hehehe.. Ada komik bonus juga dalam ini..

Sha baca dan selesai pada 29.09.2020..
 
Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published September 2018 by Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd

Minuman | Nescafe Latte: Milk Tea

Assalamualaikum..
Hye semua..

Nescafe ada keluarkan minuman baru iaitu Milk Tea.. Sha berpeluang mencuba bila ada 3 pek kecil yang diberikan percuma dalam Necafe Latte Mocha.. Pada Sha yang tak menggemari minuman teh susu, rasa teh susu dari Nescafe ini boleh diterima tekak.. Rasa teh yang tidak terlalu kuat dan tak berapa manis.. Okaylah untuk diminum sesekali sebagai pengubah selera.. Tapi kalau nak beli sebungkus besar memang taklah sebab Sha memang tak suka teh susu.. Buat penggemar minuman teh susu, Sha cadangkan untuk cuba.. Rasa dia kurang manis tapi masih lagi umph.. hehehe..

3 pek percuma

Bau dia wangi dengan rasa kurang manis.. Tak terlalu berat..

Tuesday, September 29, 2020

Telefilem | Pemuja Rahsia (2020)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila Sha baca sinopsis dia, macam menarik.. Misteri siapa yang jahat tu memang nice cuma garapan dia macam sedikit pelik dan kurang menarik.. Sha tengok telefilem ini dekat Youtuve TV3 Malaysia.. Tapi ending dia ohsem gila, suka pula tengok lakonan Rita Rudiani.. 

Kisah perempuan yang mengalami gangguan jiwa kerana perbuatan lelaki yang kejam.. Bila tengok punca, geram je rasanya.. Ramai yang selalunya menyalahkan mangsa rogol bukannya nak membantu.. Masalah perasaan yang ditanggung mereka bukannya ringan begitu juga dengan ahli keluarga mereka.. 


JUDUL : PEMUJA RAHSIA
WAKTU SIARAN :  Sabtu, 28 Mac 2020, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENULIS SKRIP : Marr Mohamad
PENGARAH : Riza Baharudin
PRODUKSI : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Hun Haqeem, Intan Najuwa, Rita Rudaini, Haliza Misbun, Nurul Aisha Halim, Fiza Thomas, Alif Haiqal Razulan, Engku Helmy

SINOPSIS  PEMUJA RAHSIA
Adam, pelajar kolej yang kian popular. Dia baru menjuarai satu pertandingan debat antara kolej. Adam amat gemarkan sukan larian dan seringkali menyertai pelbagai marathon. 
Hawa, gadis berusia sebaya dengan Adam dan jiran Adam sudah lama menyukainya, dek kerana satu peristiwa 18 tahun lalu, keluarga Adam dan keluarganya berkelah bersama dan Adam telah menyelamatkan Hawa daripada lemas.
Namun setelah kematian ayah Hawa, ibu Hawa - Suzana enggan terlalu rapat dengan keluarga Adam sementelah Adam hanya tinggal bersama ayahnya sahaja. Ayah Adam, Zul beberapa kali cuba mengurat Suzana. Namun Suzana tak pernah melayan.
Bagi Hawa dia memang tercipta untuk Adam. Meskipun begitu, Hawa dan Adam tak pernah bercakap. Hawa seperti seorang gadis yang pelik dan janggal. Dia suka membisu, gemarkan warna hiam, mekap yang pelik dan sukakan muzik.

ebook | Bloody Bones (Anita Blake, Vampire Hunter #5) by Laurell K. Hamilton

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini memang ohsemlah.. Anita dapat kuasa baru.. Rupanya bukan setakat mayat tapi vampire pun Anita boleh kawal.. Kali ini anita menyiasat kehilangan yang berlaku diluar kawasan.. Selain daripada kena bertemu dengan master vampire dekat kawasan tersebut bersama Jean Cloude.. Dalam masa yang sama Anita kena bangkitkan mayat yang tulangnya dah berterabur di sebuah tanah lapang.. Konspirasi di sebalik semua kejadian datang dari master vampire yang jahat.. Yang cuba nak menguasai Anita.. Bukan mudah nak lepaskan diri tapi bila dapat peluang habis kena bakar semua vampire tu.. hehehe..

Sha baca pada 23.09.2020 dan selesai pada 25.09.2020..

Sha baca menggunakan aplikasi Google Play Books..
Published December 29th 2002 by Jove

Makanan | Vico: Nuggets Crunchy & Chocolatey

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha jumpa nuggets Vico ini dekat Terengganu.. bentuk dia lebih kurang je macam nuggets jenama Milo cuma dari segi tekstur dia agak keras sedikit.. Hehehe.. Rasa dia memang meriahlah dengan coklat.. Cuma kena hati-hati masa mengunyah je.. Untuk yang tak suka makanan keras, tak digalakkan lah.. Karang habis gigi.. hehehe.. Dekat area tempat Sha ini, tak adalah pula Sha jumpa.. Kalau ada jual dekat tempat korang, bolehlah update dekat komen ye..


Monday, September 28, 2020

Makanan | Perut Sumbat Daging @ Tongmo, Kelantan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tongmo atau perut lembu yang disumbat dengan daging, lemak dan bahan perapan.. Kemudian dibakar.. Sedap wei.. Macam makan daging bakar rasa dia.. Satu kelainan yang menarik.. Bila sha pos dekat FB ada kawan bagi tahu dekat area Kelumpang pun ada jual.. Nanti Sha cari ye.. Yang dekat Kelantan ini ada jual dekat area Penambang.. Betul-betul depan sekolah.. 

Bertempat di Penambang jalan ke Pantai Cahaya Bulan Kota Bharu..

Ini yang mentah.. Boleh juga beli untuk bakar sendiri di rumah..

Sedap.. ada taburan bijan, sos pedas dan cheese..

ebook | The Lunatic Cafe (Anita Blake, Vampire Hunter #4) by Laurell K. Hamilton

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Dalam siri keempat ini Anita Blake kena selamatkan were animals yang dibunuh tanpa sebab dan berdepan dengan ahli sihir dan juga masalah percintaan antara werewolve dan vampire.. Rumit betul kehidupan anita ini.. hehehe.. Ada satu babak bila Anita jumpa lelaki dekat sungai dan lelaki tu telah di kopek kulitnya.. Ngeri bila baca details penceritaan.. Owh ya, lelaki tu naga.. Kulit dia diambil untuk dijadikan bahan dalam jampi..

Sha baca dan selesai pada 21.09.2020..

Sha baca menggunakan aplikasi Google Play Books..
Published March 1st 2005 by Berkley Hardcover (first published January 1st 1996)

2 Hari 1 Malam di Kelantan (25-26/09/2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha sampai di Homestay lebih kurang jam 4 petang.. Memang check in dan rehat terus dekat sini.. Masing-masing dah kepenatan dan tak lalu nak jalan ke mana-mana.. Malamnya makan berdekatan dengan Homestay je.. Jalan kaki je dah jumpa kedai makan.. hehehe..

No 2178-A, Kampung Khatib Ali, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Semua orang makan nasi putih dengan sup.. hehehe.. Sup ekor, sup ayam, tomyam, kailan ikan masin, kangkung goreng belacan dan nasi goreng USA..

Lepas tu bungkus beef steak.. Makan dekat homestay..

Sarapan pagi Sha untuk hari Sabtu.. Hari terakhir di Kelantan sebelum ke rumah kenduri.. Hehehe.. Makan nasi putih dengan pelbagai jenis lauk.. Ada kambing bakar, daging salai, masak lemak siput ini.. Ayam bakar.. dan pelbagai lagilah.. Tepi highway je kedainya.. hehehe..

Menu paling menarik semasa di kenduri.. Kerabu Sare diperbuat dari rumpai laut katanya.. Rasanya agak plain pada Sha tapi rangup dan sedap dikunyah.. Nice lah..

Paling ohsem sebenarnya.. Sha ternampak rakan FB kongsi pasal ini.. Memang niat nak cari tapi lupa.. Terjumpa masa nak ke "Floating Market".. Sedap.. Macam daging bakar rasa dia..

Kali ini naik dengan rasa gembira.. Hahaha.. Takut tu masih ada tapi lebih teruja melihat laut.. Hahaha.. Masa kami ke Floating Market ini dah tak ada apa pun.. Floating Market ini sampai pukul 3 je.. Kami sampai dah pukul 4 lebih, orang dah kemas-kemas.. Minta abang bot tu bawa kami ke tempat Floating Market tu untuk tengok keadaan, bergambar dan balik semula.. Bayar tambang tiket RM4 untuk pergi dan balik..

Sampai dekat Pengkalan Kubor, kedai semua dah tutup.. Ambil gambar jelah.. hehehe.. Tanda dah berjaya sampai..

Alang memang nak lalu Rantau Panjang, menyinggahlah sekejap dekat Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra, tapi Masjid dalam proses pembaikan.. Maka ambil gambar dari luar sahaja..

Makan malam kami di Bukit Bunga sebelum gerak naik banjaran titiwangsa dan balik ke Perak.. Sha sampai rumah dalam pukul 2 lebih pagi.. Memang mengantuk gila.. hahaha..

Sunday, September 27, 2020

MJ Homestay Kota Bharu, Kelantan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini Homestay yang Sha duduk di Kelantan.. Kedalam sikit dari jalan utama.. Tapi best sebab dekat dengan masjid dan kedai makan.. Jalan kaki je nak makan best.. Setiap kali azan boleh dengar dengan jelas.. Memang best..

Ruang tamu untuk menonton tv

Ruang tamu sekali dengan meja makan.

Dapu dan bilik air..

Lengkap dengan peti ais, microwave dan heater..

Bilik tidur utama (master bedroom) dilengkapi bilik air, aircond, katil king size, tilam tambahan, bantal dan almari.. Dalam almari tu ada extra toto dan tilam bujang..

Bilik tidur 2 dilengkapi bilik air, aircond, katil queen size, tilam, bantal dan penyangkut pakaian..

Bilik tidur 3 dilengkapi bilik air, aircond, katil queen size, tilam, bantal dan penyangkut pakaian.

bilik tidur 4 dilengkapi aircond, katil queen size, tilam, bantal, penyangkut pakaian

MJ Homestay
Alamat dan lokasi :
* PT 996/997 Kampung Bayam Jalan Bayam,
   15200 Bandar Kota Bharu Kelantan
* bersebelahan Masjid Jamek Paya Rambai
* 30m dari jalan utama iaitu Jalan Bayam
* bersebelahan Sek Men Keb Dato' Ahmad Maher
* berada dalam pusat Bandar Kota Bharu

Lokasi berhampiran
* 1.5km ke Bandar Kota Bharu
* 3km ke Pasar Siti Khadijah
* 3km ke Pasar Wakaf Che Yeh
* 7km ke airport
* 3km ke HUSM (Hospital Universitii Sains Malaysia)
* 500m ke Dewan Sri Rambai
* 1km ke Stadium Sultan Mohamad iv, KTC, Wisma Persekutuan dan Padang Perdana
* 1km ke Hospital KPJ Perdana
* 38km ke kawasan bebas cukai Rantau Panjang

Kelengkapan dan ciri-ciri rumah
* 4 bilik tidur, 4 bilik air
* semua bilik berhawa dingin
* astro njoi (tv flat screen)
* wifi
* mempunyai 2 ruang keluarga, ruang santai dan ruang menonton tv.
* ruang dapur lengkap dengan perkakas memasak, dapur gas, pinggan mangkuk, peti sejuk, jag pemanas air elektrik, meja makan dan terdapat 1 bilik air
* kami juga menyediakan iron, iron board, bantal extra, towel mandi dan toto extra tanpa sebarang charge tambahan
* kami juga menyediakan tilam tambahan beserta bantal dan selimut pada harga yang amat berpatutan
* ruang parking kereta yang selesa. 2 buah dalam rumah dan 5 buah di luar rumah

Kadar sewa
* RM250 untuk 1 malam
   (deposit RM100)

SCT Sotong Celup Tepung di Pantai Pandak, Kuala Terengganu

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini antara tempat yang memang encik suami nak bawa lepas baca review di Google Maps.. Tempatnya agak tersorok tapi sangat berbaloi di cari.. Kebetulan masa kami nak ke sini, hujan lebat dan waktu orang balik kerja.. Untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas, encik suami mencari jalan alternatif.. Sha memandu dan encik suami baca map, adoi.. Sabar jelah.. Jalan kampung tu tak ada masalah, yang masalah bila kena lalu tepi sungai dan jalannya kecik.. Bertembung dengan kereta, memang nangis nak mengelak.. hehehe..

Sha makan kat sini 3 pinggan sotong (RM36), udang 4 pinggan (RM40), keropok lekor 2 pinggan (RM4), Ikan 6 ekor, laksam 2 pinggan, air teh o limau panas (1), kopi o (2), teh o ais (2), teh o ais limau (2), nescafe tarik (1), dan teh ais (2).. Jumlah keseluruhan RM110.. 

SCT Sotong Celup Tepung
Pantai Pandak Chederiing,
21080 Kuala Terengganu, Terengganu

Best makan kat sini, kita duduk dan nanti akan ada orang ambil pesanan.. Makanan yang kita pesan tu dia akan masak masa tu.. Memang dapat panas panas lagi.. Udang, sotong dan ikannya fresh.. Puas hatilah makan..

Udang sepiring RM10

Sotong sepiring RM12

Ikan RM2-RM2.50 seekor..
Manis tau isi ikan ini.. Anak Sha sampai makan dua ekor sebab sedap..

Keropok Lekor RM2 sepiring..

Saturday, September 26, 2020

2020 Reading Challenge - Almost Complete

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Akhirnya sukses juga baca 200 buah buku.. Maaflah tak banyak update entry minggu ini.. Sha bercuti ke Terengganu dan Kelantan bawa MIL.. Patutnya kami pergi bulan Mac masa cuti sekolah tapi negara dilanda wabak dan kita semua dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan tu yang tunda.. Bila dah PKPP ini rancanglah balik..

Semalam berjaya habiskan buku yang ke 200 semasa berehat di Terengganu.. Cabaran Goodreads Sha kini hanya berbaki 37 buah buku je lagi.. Rasanya sempat sebelum Disember 2020.. Tambahan pula Sha dapat langganan ebook di Google Play melalui abang Sha, memang lagi cepatlah nampak gayanya.. Hehehe.. Telefon sentiasa di tangan untuk mengakses bahan bacaan.. hehehe..

200 buah akhirnya..

Bella Homestay di Rusila, Terengganu

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini penginapan kami semasa di Terengganu.. Memang puas hati.. Satu rumah 2 tingkat dengan ruang tamu, dapur dan 5 bilik yang lengkap dengan penghawa dingin serta bilik air.. Sha bayar RM700 untuk 3 hari 2 malam.. Sha suka hometay ini sebab setiap bilik ada bilik air dan penghawa dingin.. Memang selesalah kalau duduk dengan ipar duai.. Aurat tu terjamin.. Tak adalah segan nak mandi dan berehat.. 



Ruang tamu yang luas..

Ada tempat seterika baju dekat tepi tangga..

Dapur yang lengkap dengan dapur, pinggan mangkuk dan peti ais.. Mesin basuh je tak ada..

Bilik 1
Ada katil queen, penghawa dingin, bilik air dan sejadah..


Bilik no 2 ada katil bujang dua, bilik air dan sejadah..


Bilik No 3 besar.. Ada sofa, katil queen, bilik air dan penghawa dingin..


Bilik No 4 pula ada katil queen, bilik air dan penghawa dingin..


Bilik No 5 ini pun besar.. Ada sofa kecik, katil queen, penghawa dingin dan bilik air..

Bella Homestay
Alamat:-
Lot 4516 Batu, 8, Jln Marang - Wakaf Tapai, 21600 Marang, Terengganu
Phone:- 016-421 9676