Sunday, September 27, 2020

SCT Sotong Celup Tepung di Pantai Pandak, Kuala Terengganu

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini antara tempat yang memang encik suami nak bawa lepas baca review di Google Maps.. Tempatnya agak tersorok tapi sangat berbaloi di cari.. Kebetulan masa kami nak ke sini, hujan lebat dan waktu orang balik kerja.. Untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas, encik suami mencari jalan alternatif.. Sha memandu dan encik suami baca map, adoi.. Sabar jelah.. Jalan kampung tu tak ada masalah, yang masalah bila kena lalu tepi sungai dan jalannya kecik.. Bertembung dengan kereta, memang nangis nak mengelak.. hehehe..

Sha makan kat sini 3 pinggan sotong (RM36), udang 4 pinggan (RM40), keropok lekor 2 pinggan (RM4), Ikan 6 ekor, laksam 2 pinggan, air teh o limau panas (1), kopi o (2), teh o ais (2), teh o ais limau (2), nescafe tarik (1), dan teh ais (2).. Jumlah keseluruhan RM110.. 

SCT Sotong Celup Tepung
Pantai Pandak Chederiing,
21080 Kuala Terengganu, Terengganu

Best makan kat sini, kita duduk dan nanti akan ada orang ambil pesanan.. Makanan yang kita pesan tu dia akan masak masa tu.. Memang dapat panas panas lagi.. Udang, sotong dan ikannya fresh.. Puas hatilah makan..

Udang sepiring RM10

Sotong sepiring RM12

Ikan RM2-RM2.50 seekor..
Manis tau isi ikan ini.. Anak Sha sampai makan dua ekor sebab sedap..

Keropok Lekor RM2 sepiring..

14 comments:

  1. sedap tu. harga pun mampu bayar. hari tu abe kie berhenti di pantai penarik tp terkena ike celup tepung yg masam. Bengang tul sbb kena tipu.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya. Lama dah tak ke Terengganu.

    ReplyDelete
  3. terliurnya tengok semua tu..yums!

    ReplyDelete
  4. Sedap-sedapnya! Dah beli tiket untuk ke Kuala Terengganu, sayangnya pada hari yang sama PKP dilaksanakan (18/3/2020). Terpaksalah batalkan rancangan. Mudah-mudahan ada rezeki untuk ke sana.

    ReplyDelete
  5. sedapnya...sos pencicah dia mesti sedap..

    ReplyDelete
  6. sedapnya lahai nampak..nak-nak belum sampai masa ammi boleh makan sebab IF ni hahaha..berkeriuk perut

    ReplyDelete
  7. Power Sha boleh drive sendiri hujan n jalan sempit. Huhu. Tapi berbaloi la dapat makan seafood sedap

    ReplyDelete
  8. Kalau pergi ke Pantai Timur, tak sah kalau tak rasa seafood celup tepung. sedap sebab fresh from laut kan :)

    ReplyDelete
  9. wah..nampak menyelerakan.. dap dap

    ReplyDelete
  10. Saya pun kalu balik kampung memang tak lupa nak singgah sini.. sebab hubby pun suka makan celup tepung nie especially ikan dengan sotong.. nak buat malas.. hahahahah

    ReplyDelete
  11. boleh share no phone kedai tu ke kpd sape² yg tahu

    ReplyDelete
  12. Kedai ni paling best kat chendering..recommended..sila g belake

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..