Thursday, September 17, 2020

HelloDoktor | Luka Lambat Sembuh?

Assalamualaikum..
hye semua..

Kalau pernah mengalami keadaan seperti ini anda digalakkan untuk berjumpa doktor.. Mana tahu luka lambat sembuh ada sebab lain.. Apa yang Sha kongsikan ini hanyalah info tambahan.. Anda tetap perlu berjumpa doktor ye.. Untuk lebih info mengenai kesihatan boleh ke laman sesawang HelloDoktor - https://hellodoktor.com/

Luka Lambat Sembuh? Hati-hati, Ia Mungkin Tanda Anda Menghidap Kencing Manis!


Bagi penghidap kencing manis, luka kencing manis yang dialami cenderung untuk lambat sembuh berbanding biasa. Ada sebabnya mengapa luka lambat sembuh dalam kalangan penghidap kencing manis.

Namun, ada juga yang mungkin tidak mengetahui bahawa mereka sebenarnya sedang menghidap diabetes melalui tanda luka yang lambat sembuh.

Ketahui penerangan lanjut mengenainya melalui artikel di bawah ini.

Luka lambat sembuh? Ia mungkin tanda anda alami luka kencing manis

Sekiranya anda memiliki tanda-tanda ini pada luka yang anda alami, berkemungkinan anda sebenarnya sedang menghidap diabetes tanpa anda sedari. Tanda-tanda tersebut ialah:
Mempunyai kesakitan yang kronik atau tidak mengalami sebarang kesakitan
- Keradangan dan juga kemerahan pada kawasan luka tersebut
- Berlakunya lelehan nanah pada luka
- Keluarnya bau yang busuk daripada luka yang dialami
- Adanya tisu-tisu kulit yang mati di sekitar luka
- Rasa kebas pada bahagian luka tersebut

Kenapa luka kencing manis lambat sembuh?


Sekiranya anda merupakan penghidap diabetes, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan luka lambat sembuh.

Berikut adalah sebabnya:

#1. Tahap gula darah yang tinggi

Apabila tahap gula darah berada pada tahap yang tinggi berbanding kadar normal, ia akan menghalang sistem imun tubuh badan anda daripada berfungsi dengan baik.

Selain itu juga, ia akan menghalang oksigen dan juga nutrien daripada memberikan tenaga kepada sel. Ia juga akan meningkatkan keradangan pada sel tubuh anda.

#2. Neuropati

Seiring dengan masa, akan berlaku kerosakan pada saraf dan juga salur darah sehingga menyebabkan kawasan tersebut hilang deria atau rasa sensasinya.

Neuropati lebih mudah berlaku pada kawasan tangan dan juga kaki. Apabila ia berlaku, anda tidak mampu merasakan rasa sakit pada luka yang wujud.

#3. Peredaran darah yang tidak baik
Selain itu, penghidap diabetes juga lebih cenderung untuk mengalami masalah peredaran darah yang tidak lancar.

Penyakit vaskular periferal menyebabkan saluran darah mengecil sehingga mengurangkan aliran darah ke bahagian tubuh yang lain. 

#4. Sistem imun yang tidak berkesan
Penghidap diabetes juga mempunyai sistem imun yang tidak begitu responsif.

Sebagai contoh, sel imun yang berfungsi menyembuhkan luka akan menjadi semakin berkurangan.

Apabila hal seperti ini berlaku, tidak mustahil jika luka lambat sembuh selain mempunyai risiko jangkitan yang lebih tinggi.

#5. Jangkitan 
Apabila sistem imun badan anda tidak dapat berperanan dengan baik dalam melindungi tubuh, tubuh anda mungkin mengalami kesukaran untuk melawan sebarang jangkitan bakteria.

Paras gula darah yang tinggi juga meningkatkan risiko seseorang itu untuk mendapat jangkitan.

Ini kerana bakteria membiak dengan lebih mudah dalam aliran darah yang mempunyai paras gula yang tinggi.

Jika jangkitan tidak dirawat, ia akan menyebabkan komplikasi lain seperti gangren.

Cara mempercepatkan kesembuhan luka kencing manis


Bagi mempercepatkan kesembuhan terhadap luka yang dialami, lakukan beberapa perkara seperti yang dinyatakan di bawah ini:
- Kerap lakukan pemeriksaan luka. Periksa jika terdapat sebarang luka yang berlaku pada tubuh badan anda terutamanya di kawasan yang sukar dilihat seperti belakang badan dan celah-celah kaki
- Buang tisu kulit mati. Bagi luka kencing manis, tisu kulit yang telah mati kerap terhasil. Ia akan menggalakkan pertumbuhan bakteria selain memudahkan jangkitan berlaku. Berjumpalah dengan doktor bagi proses pembuangan tisu kulit mati tersebut
- Tukar kain pembalut. Bagi mengurangkan pembiakan bakteria yang boleh memburukkan jangkitan, kerap tukar kain pembalut yang membaluti luka anda. Ia juga akan mengekalkan tahap kelembapan yang bersesuaian bagi luka tersebut
- Elakkan sebarang tekanan pada luka. Tekanan pada kawasan luka tersebut hanya akan menyebabkan luka menjadi lebih dalam dan lebih teruk

Kesimpulan

Jika anda sedar bahawa luka yang anda alami tersebut tidak sembuh dalam tempoh yang normal, terus berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan yang sepatutnya.

Ia juga sebagai langkah awal untuk mengesan sekiranya anda menghidap diabetes atau tidak.

Dengan cara ini, doktor juga akan membantu anda merawat luka tersebut dengan lebih baik dan menggalakkannya untuk lebih cepat sembuh.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

11 comments:

  1. betul tu, luka lama2 ni bahaya sebab takut bakteria membiak

    ReplyDelete
  2. Bagus info ini..tk.sy kalau luka cepat2 sapu minyak gamat..supaya elak jangkitan kuman juga

    ReplyDelete
  3. Akak antara yg lambat sembuh..hari tu tercucuk duri aloe vera masih pindahkam anak anak pokok ke pasu lain. Seminggu nak baik, pdhal kecik je lukanya.

    ReplyDelete
  4. sebab itu kita kene buat pemeriksaan kesihatan untuk diri terutama bila dah umur 40 tahun, atau kalau rasa lain macam tu pergi la ke klinik kadang kita tak sedar kita ada masalah kencing manis atau darah tinggi

    ReplyDelete
  5. takut..minta dijauhkan. Ayu now border, tu jenuh kontrol ni.
    kena cut choc, kena cut sugar....serius cut, kena control coffee, kena control makan
    semua kena control la.

    ReplyDelete
  6. tq for sharing..pesakit diabetes ni kena jg makan, kena makan ubat secara teratur & selalu check paras gula..nanti byk komplikasi..

    ReplyDelete
  7. selalunya klu luka lambat sembut mesti ada kaitan dgn kencing manis kan... tkotnyaa sbb zaman skrg ni, cepat boleh dpt kencing manis

    ReplyDelete
  8. good info sha! seriau pula tgk luka2 kat gambar tu..teringat ayah..huhuu luka dia susah betul nk sembuh..

    ReplyDelete
  9. sy mmg tau kalau luka lambat sembuh tu ada tanda2 diabetes... sbb tu agak risau kalau ada luka. mmg akan cpt2 cari myk gamat utk sembuhkan


    thanks 4 sharing! good info!

    ReplyDelete
  10. takut juga kalau ada kencing manis atau darah tinggi sebab luka sekarang memang ambik masa nak sembuh.

    ReplyDelete
  11. sy pun ada masalah juga luka lambat sembuh.. bikin takut pula

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..