Friday, September 4, 2020

Telemovie Malaysia | #SampaiSyurga (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tertengok sebenarnya drama ini.. Tengok dekat Youtube Awesome TV.. Tertarik sebab drama ini gunakan lagu-lagu lama dan memaparkan kisah sepasang suami isteri yang dah berusia.. Apa yang disampaikan sebenarnya tak salah pun.. Suami isterikan, apa lah salahnya kalau nak berdua dan beromatika.. Malangnya si isteri terlalu sibuk dengan aktiviti luar rumah dan merasakan bahawa bila dah tua tak perlu nak beromantis-romantis.. Paling menyedihkan bila usaha seorang suami nak menyambut hari lahir isteri namun isteri boleh mengamuk tak tentu pasal.. Depan anak menantu pula tu dimarahnya suami.. Sedih tau.. Apalah salahnya duduk makan candle light dinner, hargai usaha suami tu.. Bila suami mula berubah tahu pula sentap.. Walhal hubungan suami isteri ini kenalah ada kerjasama antara keduanya.. saling menerima dan bertolak ansur..

Sha kan kalau dapat macam ini memang lompat bintang.. Bukan senang nak dapat suami yang romantis dan sanggup buat semua-semua ini..

Bila tengok drama ini Sha teringatkan arwah abah.. Ada beberapa lagu dalam ini yang menjadi kesukaan arwah abah.. Arwah abah Sha pun seorang yang smart.. Bajunya kemas bergosok.. 

JUDUL : #SAMPAISYURGA
WAKTU SIARAN : Ahad, 23 Ogos 2020,   
SIARAN TV : Awesome TV (MYTV 112)
PENGARAH : Wan Saiful Shahrizan
PRODUKSI : Suarakita Production
PELAKON : Dian P.Ramlee, Dato Rahim Razali, Nor Albaniah, Syafie Naswip, Atikkah Suhaime
Filem mengisahkan Sulaiman yang sentiasa bersikap romantik terhadap isterinya, Azizah kerana beliau percaya kasih sayang perlu ditunjukkan sesama pasangan walaupun sudah berusia. Azizah marah menerima hadiah harijadinya daripada Sulaiman yang dianggap macam orang muda. Sulaiman yang kecewa dengan sikap isterinya, mula mengubah penampilan diri sambil bergaya seperti orang muda.

5 comments:

  1. aloo sweetnya husband , si isteri pun emotional teruk -,-

    ReplyDelete
  2. Patutnya lagi happy...igt senang ke lelaki melayu nak romantik?

    ReplyDelete
  3. Nor Albaniah, lama tak nampak dia berlakon.

    ReplyDelete
  4. mcm best jer kak sha.. atie nak tgk la

    ReplyDelete
  5. Huhuu citer SHA teringat arwah abah SHA.. mama pun teringat arwah ayah mama.. rinduuu

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..