Friday, October 2, 2020

HelloDoktor | Perut Rasa Kejang & Sakit Ketika Berlari?

Assalamualaikum..
Hye semua..

Info ini Sha kongsikan untuk bacaan bersama sebab Sha pun selalu juga mengalami kejang perut semasa melakukan senaman.. Kadang berjalan pun boleh buat perut rasa kejang.. Bila baca info ini baru tahu kenapa jadi begitu.. hehehe.. Selain info ini, banyak lagi info kesihatan di HelloDoktor.. 

Perut Rasa Kejang & Sakit Ketika Berlari? Cuba Lakukan 5 Tip Untuk Elak Masalah Ini


Pernahkah anda rasa sakit pada bahagian sisi perut ketika berlari? Rasa sakit ini turut dikenali sebagai side stiches iaitu satu rasa sakit yang tajam dan menikam pada sisi perut. 

Rasa sakit ataupun cramp ini lazim berlaku kepada orang yang gemar bersenam. Selalunya, keadaan ini akan berlaku lebih kerap pada sebelah kanan perut berbanding sebelah kiri.

Menurut kajian, hampir 70% individu yang aktif berlari akan mengalami sakit pada bahagian sisi perut sekurang-kurangnya sekali semasa melakukan aktiviti fizikal.


Individu yang baru mula berlari juga didapati lebih mudah terkena cramp atau sakit pada bahagian sisi perut. Oleh itu, jika anda baru mula berlari, pastikan anda jaga pemakanan anda sebelum memulakan larian.

Side stiches atau cramp mungkin akan membuatkan anda rasa tidak selesa semasa berlari. Tambah lagi, ada juga yang terpaksa berlari ke tandas ketika sedang bersenam akibat masalah ini!

Jadi, bagaimana hendak selesaikan? Jom ikuti tips senaman kami untuk kurangkan rasa sakit yang anda alami ketika berlari.

5 tips senaman untuk kurangkan sakit perut ketika berlari

1. Pastikan anda melakukan regangan!

Sebelum bersenam, pastikan anda melakukan warm up ataupun regangan terlebih dahulu!

Senaman ringan ini dapat melancarkan peredaran darah, menaikkan suhu badan dan meningkatkan kadar degupan jantung.

Aktiviti regangan juga dapat membantu otot lebih bersedia untuk melakukan pergerakan yang lebih banyak ketika bersenam nanti.

Jika badan tiba-tiba bergerak dengan aktif tanpa sebarang regangan, besar risiko untuk anda mengalami kecederaan semasa bersenam.

Oleh itu, anda disarankan untuk melakukan senaman sekurang-kurangnya 20-30 minit sebelum bersenam. Dengan melakukan senaman, badan akan jadi lebih bersedia untuk melakukan aktiviti fizikal.

Selain itu, anda boleh mulakan senaman dengan perlahan. Pada 10 minit yang pertama, mulakan larian anda dengan perlahan sebelum memecut.

2. Pastikan anda minum air dengan cukup


Ramai yang mengelak minum air sebelum bersenam kerana tidak mahu perut dipenuhi air ketika berlari. Keadaan ini boleh menyebabkan pelari rasa tidak selesa dan rasa ingin muntah.

Walau bagaimanapun, tidak minum air langsung ketika berlari boleh membuatkan rasa sakit pada sisi perut yang anda alami jadi makin kerap.

Apabila anda bersenam dalam keadaan haus atau tidak minum air yang mencukupi, perut anda mungkin akan meragam ketika bersenam.

Individu yang tidak minum air dengan cukup juga boleh rasa kejang dan mungkin akan alami cirit-birit apabila senaman telah berakhir.

Jika boleh, pastikan anda minum air secukupnya sebelum bersenam dan bawa botol air supaya anda boleh kekal hidrasi sepanjang larian.

Selain itu, pastikan anda minum air secara perlahan-lahan. Jangan teguk air dengan cepat! Perkara ini juga boleh menyebabkan anda diserang rasa kejang ketika berlari!

3. Elak makanan berserat

Makanan penuh serat penting untuk kesihatan perut. Walau bagaimanapun, sebelum berlari, pastikan anda tidak mengambil terlalu banyak makanan berserat.

Makanan berserat boleh menyebabkan anda tiba-tiba sakit perut dan terpaksa ke tandas sewaktu bersenam!

Oleh itu, elakkan makan roti, bijirin, sayur-sayuran hijau, brokoli ataupun buah-buahan seperti beri 4-5 jam sebelum memulakan larian.

4. Elak makan makanan berlemak untuk kurangkan sakit perut

Jika anda ingin bersenam, elakkan makan makanan yang berlemak supaya anda tidak akan diserang sakit perut ketika berlari. Jika boleh, makan makanan seperti:
Pisang
Energy bar
Yogurt atau granola
Nasi dengan telur rebus atau poached egg

Makanan yang disenaraikan di atas rendah lemak dan rendah serat. Jika anda kerap alami masalah sakit perut dan kekejangan, cuba amalkan makanan di atas!

5. Jangan minum kopi!


Ada orang yang lebih ‘sensitif’ terhadap kopi! Apabila terbau sahaja kopi, terus rasa hendak ke tandas!

Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, elakkan minum kopi sebelum anda pergi berjoging. Mana tahu, masalah perut memulas yang anda alami semasa berjoging dapat dikurangkan!

Perut jadi kejang dan sakit? Macam mana nak rawat?

Jika perut anda kejang ketika berlari, anda dinasihatkan untuk memperlahankan larian ataupun berjalan sebentar.

Selain itu, anda juga boleh cuba letakkan tangan pada bahagian kanan perut dan tolak ke atas sambil bernafas secara normal selama 2-4 minit.

Jika anda ingin minum air, cuba minum air yang boleh mengembalikan keseimbangan elektrolit dalam badan.

Kesimpulan
Kebanyakan atlet, lebih-lebih lagi pelari akan mengalami masalah sakit pada sisi perut dari semasa ke semasa. Kekejangan ini merupakan sesuatu yang normal dan lazim berlaku.

Side stitch atau cramp yang anda alami sepatutnya hilang dalam beberapa minit.

Namun, jika anda telah melakukan tips senaman di atas ataupun mengalami kesakitan yang berpanjangan ketika bersenam, mungkin ia bukan disebabkan oleh kekejangan.

Oleh itu, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan. Kesakitan yang berpanjangan mungkin tanda penyakit lain yang lebih serius.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

10 comments:

  1. iyer la..kalu lari, kadang2 kena sakit mcm ni...

    ReplyDelete
  2. atie baru starts walking 2KM perday .... tapi ya Allah.. perut ni cramp betul... sakit gila

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian info yang sangat berguna ini.
    Setakat ini saya hanya lakukan senaman ringan sahaja, jalan-jalan keliling padang beberapa kali hingga berpeluh.

    ReplyDelete
  4. masalahnya dana biasa kene time tengah drive, tapi perasanla kalau sebelum tu memang kita ke sana sini banyak kerja memang akan jadi gitu... bila dia dah cramp tu dahla tengah drive memang seksa

    ReplyDelete
  5. selain itu, saya jugak sakit lutut kalau berlari..huhu

    ReplyDelete
  6. Thanks share. Selalu mengalami ni dari zaman sekolah lagi. Tapi saya memang bukan atlit so guna tu as alasan tak nak join aktiviti sukan

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah so far kalu berlari tu masih ok tiada apa2 kesakitan...thanks 4 sharing👍

    ReplyDelete
  8. thanks for the tips kak :D

    ReplyDelete
  9. dulu waktu sekolah, mesti elak join sukan yang melibatkan larian sebab ni... tapi selalu jugak la tak dapat elak

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..