Friday, October 23, 2020

Novel | Krisis Alpha oleh Ahmad Rizvan, Aliff Elyas, Syauqie M.K.

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Pertama oleh Ahmad Rizvan
Kisah seorang lelaki yang dilatih untuk menjadi pengawal peribadi.. Antara yang terbaik.. Kerja pertama beliau ialah sebagai pemandu anak orang kaya.. Lelaki tersebut ingatkan hanyalah kerja hantar dan ambil namun diluar jangkaan bila mereka diserang.. Budak perempuan yang dihantar ke sekolah itu rupanya memiliki sesuatu yang menjadi sasaran kumpulan gengster kejam..

Lari Manap Lari olehSyauqie M.K.
Seorang novelis dihubungi oleh penjenayah bernama Manap untuk menulis buku mengenai beliau.. Bermulalah pembongkaran jenayah yang sangat besar melibatkan gangster dan juga orang berpangkat besar.. Nyawa novelis tu terancam bukan sahaja dari gangster malah pihak luar.. Memang menarik.. semuanya kerana Manap tak nak dijadikan kambing hitam..

Kill Zone oleh Aliff Elyas
Tajuk dia je dah menggambarkan kisah keseluruhan.. Mereka terperangkap dalam zone pembunuhan bila cuba membongkarkan salah laku orang besar-besar di sebuah syarikat.. Bila ada yang cuba membongkar, mautlah yang menanti.. Namun Saad, Jasman, Maisarah dan Rahmat saling membantu dalam membongkarkan kes yang besar ini walaupun nyawa mereka terancam..

Sha baca pada 17.10.2020 dan selesai pada 21.10.2020..

Koleksi peribadi sha..
Published May 2017 by TeBook Press

3 comments:

  1. cerita number 2 tu menarik la.. atie mcm pernah dgr kisah mcm ni...
    penjenayah tu, dia penculik budak,jadi dia suh buku kan kisah dia

    ReplyDelete
  2. Bagus la sha ni...rajin membaca...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..