Assalamualaikum..
Hye semua..
Sha sebenarnya dah lama target nak jalan 5000 langkah sehari paling kurang tapi asyiklah bertangguh-tangguh sampailah datang semangat tiba-tiba pada satu hari tu.. hehehe.. Makanya Sha ajaklah encik suami.. Aktiviti macam ini bila ada kawan jadi lagi semangat.. Tambahan pula bila berat badan makin naik rasa macam makin malas je sekarang ini.. Tak mudah mengubah tabiat harian namun tetap berusaha.. Sekarang ini makin rajin sebab Sha beli Mi Band 4 tapi tulah tak boleh nak screenshot.. hehehe.. Yang kat bawah ini Sha guna aplikasi Google Fit.. Simpan sini buat kenangan..
Day 1 - 06/10/2020
Masa ini sebelah paginya Sha main sukan Woodball, petangnya Sha jalan kaki dengan encik suami, dapatlah 5058 langkah.. Untuk hari ini je Sha berjaya jalan 9000 lebih langkah.. Lupa lak nak screenshot.. hehehe.. Buat semangat gitu..
Selang sehari, Sha dan encik suami berjalan lagi.. Dapat capai 5000 lebih sikit je sebab hujan renyai-renyai.. Usaha juga bagi dapat sampai 5000 langkah.. Kena maintain dan tambah langkah sebenarnya cuma keadaan cuaca tak berapa mengizinkan.. hehehe..
Gigih jalan dan terus jalan demi melepasi 5000 langkah.. Sha buat laluan baru dari yang biasa lalu tu.. Jadi lagi jauhlah perjalanan.. Tapi tak sampai 5km lagi.. Nak cuba sampai 5km tu tak tahulah bila boleh dapat..
Hari ini tak dapat 5000 sebab ralit bersembang dengan orang mancing ikan.. Seronok pula lepak luah perasaan.. Sampai gambar encik suami dengan anak-anak pun lupa nak ambil.. hehehe..
Tahniah
ReplyDeleteKena pakai kasut yang sesuai untuk mengelakkan tapak kaki sakit.
wow this is amazing!! atie walk juga skrg ni petang2.. then lepas tu malam sure tido nyenyakkkk
ReplyDeleteberjalan menjadi banyak langkah bila kat shopping mall, syiokkkkkk! hihiii...
ReplyDeletefighting kak sha! you can.
Wah, bagusnya Kak Sha. Memanfaatkan kemudahan yang ada untuk jadi lebih sihat.
ReplyDeletetahniah kak sha bagusss
ReplyDelete