Assalamualaikum..
Hye semua..
Akhirnya.. Berjaya juga mengumpulkan bayam brazil ini untuk dibuat makan.. hehehe.. Kali ini Sha tumis sahaja.. Ada jugalah kunyah macam tu je, tapi yang itu tak payah kongsilah kan.. hehehe.. Sha kongsikan resepi ringkas dari Sha.. Boleh je tukar sayur bayam brazil tu dengan sayur yang korang suka..
Bahan-bahannya:-
Semangkuk bayam brazil
Seulas bawang putih dihiris
Sebiji bawang merah dihiris
Sebiji cili merah dihiris
Sedikit udang kering
Sesudu sos tiram
2 sudu besar minyak masak
Secubit garam halus
Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak..
2. Tumiskan bawang merah, cili merah, bawang putih dan udang kering sehingga naik bau..
3. Masukkan bayam brazil, sos tiram dan kacau sebati.. Selepas bayam masak, tutup api dan masukkan sedikit garam.. Gaul rata..
4. Siap untuk dihidangkan bersama nasi..
kalau saya masak bayam brazil ni selalunya biar berkuah sikit... biar lembut bayam tu, takdelah tercekik-cekik nak menelannya hehehe
ReplyDeleteNyummm2.. kebetulan cheery pun goreng bayan Brazil campur dgn kobis Dan lobak
ReplyDeleteSaya biasanya makan secara mentah je. Tak pernah lagi tumis macam ni.
ReplyDeleteAllah! Tengok bayam brazil di sini teringat kelmarin suami petik pucuk bayam brazil, tapi kita simpan dalam peti sejuk...lupa nak masak!!!
ReplyDeleteSedap tu masak bayam brazil dengan sos tiram.
Sedap ni
ReplyDeleteBayam brazil sedap. Saya masak pun main tumis juga ^^
ReplyDeleteNampak mudah tapi yummy
ReplyDeletekalau kat rumah ni, kena buat berkuah untuk budak2 hehe
ReplyDeleteklu ada tomyam .... sedap ni makan dgn ni
ReplyDeletemak suka masak bayam brazil tumis pedas macam ni. Sedap rasa dia, memang bertambah makannya
ReplyDeletenmpk sedap tuuuu maklum.laa sy tgh lapo ni😆😆😆
ReplyDeletemkn dgn ikan goreng syok ni😊
ReplyDeleteMasakan sayur bayam brazil yang simple. Sedap tu kak masak tumis.
ReplyDeleteyummies sedap! lagi2 bayam brazil tu..
ReplyDelete