Friday, January 15, 2021

Telefilem Melayu | Sihir Pemisah (2021)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Semuanya sebab dengki dan cemburu.. Ingatkan bila dah jumpa pelaku, dah selesailah.. Rupanya ada dalang lain yang lebih kejam dan dekat sangat dengan suami isteri ini yang cemburu.. Tanpa disangka pelaku yang dituduh bukanlah dalang yang sebenar.. Mujurlah kemudiannya Musyid berjaya menemui orang yang betul dalam membantu dia dan suami.. Tak sangkakan manusia masih lagi mahu bersekutu dengan syaitan hanya kerana cemburukan kebahagian dan kelebihan orang lain.. Walhal kalau bersyukur dengan apa yang kita ada dan miliki tu lebih membahagiakan.. Drama yang menarik walaupun awal-awal dah boleh agak siapa dalang dia.. hahaha..

Sihir Pemisah (2021)
JUDUL : SIHIR PEMISAH
WAKTU SIARAN : Sabtu, 9 Januari 2021, 9 malam
SIARAN TV : Astro Citra dan Citra HD
PENULIS SKRIP : Naza Manas
PENGARAH : Osman Ali
PRODUKSI : Nuansa Sdn Bhd
PELAKON : Beto Kusyairy, Fasha Sandha, Sri Idrina, Shahidan Izwan, Eddy Effrimz, Zack Zabhas, Shamer Rashid, Shah Kimin, Zaid Aswan, Naza Manas, Danial Samad, Zuhaira Zahir

SINOPSIS SIHIR PEMISAH
Kebahagiaan Aryani dan Musyid telah menimbulkan rasa cemburu seseorang yang telah menggunakan ilmu hitam untuk meruntuhkan rumahtangga mereka.

9 comments:

  1. realiti mmg wujud wpn manusia pindah ke marikh...wahhh ada Beto mmg best cerita ni nmpk nya..

    ReplyDelete
  2. Tak sempat lagi nak tengok cerita ni.. aduss

    ReplyDelete
  3. Dh main ke ceta ni? Br nk tgk sbb tgk kt ig fasha sandha.. mst best

    ReplyDelete
  4. Seramnya bila bayangkan kemenjadian sihir pemisah ni. Porak peranda hidup rumahtangga orang.

    ReplyDelete
  5. wah ada beto la. nanti nak tengok cite ni :)

    ReplyDelete
  6. Eh eh ada Beto dan Fasha lah...

    ReplyDelete
  7. Ish, realiti memang ada orang dengki macam ni. Sebab tu orang tua2 pesan jangan tayang sangat kebahagiaan

    ReplyDelete
  8. Pelik kan masih ada manusia yang dengki dengan kebahagiaan orang lain dalam zaman moden ni. Semoga terhindar dari sifat keji ni

    ReplyDelete
  9. Rasanya sifat cemburu sampai pergi berjumpa bomoh ni dari dulu sampai sekarang tak berubah. Semoga kita jauh la dari benda2 syirik ni. Bahaya!

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..