Wednesday, February 10, 2021

Drama Melayu | Kampong Pisang Bersiri-Siri: Episod 10 (2021)

 Assalamualaikum..
Hye semua...

Pomcom Kampung Pisang
Yeah!! Episod kali ini kembali menarik.. Hahaha.. Awal-awal cerita dah buat lawak.. Pocong muncul bergolek-golek.. Lintang pukang Pak Jabit melarikan diri.. Hahahaha.. Ada sebab kenapa mereka muncul dan menganggu.. Paling kelakar bila pocong muncul ramai-ramai masa nak hujung cerita.. Memanglah tak berapa real tapi jadilah buat hiburan diwaktu malam.. Asyik kena kacau je Kampung Pisang ini.. Lepas satu, satu masalah muncul.. 

Teguran sinis yang paling menarik bila pengarah sentuh pasal mesyuarat yang suka lari topik.. Awalnya bincang pasal pocong tapi lepas tu melalut ke filem, gusti dan bola.. Yang jadi panjang tu sebab suka merepek luar topik..

2 comments:

  1. pocong muncul byk2 tu mcm cerita pengabdi setan hehehe

    ReplyDelete
  2. Baru lepas tengok episod 9 Kak Limah. Episod 10 tak tengok lagi. Kembali kelakar ye. Oh yeah!

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..