Monday, March 15, 2021

ebook | Bahagia Bukan Bidaan oleh Hessa Widad

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak membaca novel yang menarik macam ini.. Bukan sekadar novel tapi banyak isi yang boleh dikupas..

Kisah dalam novel ini bermula dengan situasi dimana Hana berjaya mengumpulkan bukti kecurangan suaminya bersama pekerja yang dah dianggap adik.. Kerana ego Azlan, Hana diceraikan namun tak mahu dilepaskan.. Tapi Hana nekad meneruskan penceraian.. Hana memulangkan semua harta demi mendapat keizinan untuk melihat anak-anaknya namun Azlan bertindak kejam.. Masa baca bahagian ini memang geram.. Walaupun faham situasi Hana tapikan.. Ish.. Tak bolehlah.. Sakit hati tengok perbuatan kejam Azlan dan kelembikkan watak Hana..

Mujurlah ada Murni, bestfriend forever Hana yang sanggu terbang dari Melbourne meninggalkan anak dan suami untuk membantu Hana.. Talhah juga banyak membantu dari segi terapi, dengan kerjasama mereka berdua Hana cuba dipulihkan dari depresi yang teruk akibat penderaan mental oleh Azlan.. Ye, Azlan lelaki tak guna yang ada je di dunia realiti.. Mendera mental Hana dengan kata-kata yang kejam, perbuatan yang gila dan di luar batasan.. Azlan buat Hana umpama orang gaji.. Hana yang menguruskan rumah, anak-anak dan bisnes Azlan namun Azlan tak pernah menghargai Hana malah Hana dipandang jijik dan tak disentuh.. Perbuatan Azlan menyebabkan emosi Hana berada dalam kacau bilau..

Kemunculan Nik menarik Hana kembali pada Allah.. Nik bukanlah lelaki sempurna, masa silamnya juga perit.. Nik dan Hana saling merawat emosi mereka yang tercedera..

Penulis berjaya merollercoasterkan emosi Sha ketika membaca novel ini.. Memang sangat menarik dan ohsem.. Tahniah buat penulis.. Ada beberapa point yang diberika oleh penulis bagus untuk dipraktikkan dalam hubungan suami isteri dan dijadikan tauladan.. memang terbaik..

Sha baca dan selesai pada 13.03.2021..

Sha baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published 2018 by Karya Seni

5 comments:

  1. Akak baru beli buku ni. Belum sampai lagi. Tak sabar nak baca 😊

    ReplyDelete
  2. rasa macam pernah dengar tajuk ni. Ada adaptasi drama ek?

    ReplyDelete
  3. Pernah tonton versi drama. Memang best dan banyak isu yang diketengahkan.

    ReplyDelete
  4. best friend yg sanggup tinggal family just nak tlg kita .. huaaaaa gooodd friendship

    ReplyDelete
  5. waduhhh banyak main emosi ni...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..