Friday, March 12, 2021

ebook | Robot vs Alien oleh Khairul Nizam Khairani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah meteorit yang memiliki cecair didalamnya jatuh ke bumi.. Saintis yang menjumpai meteorit tu telah melarikan cecair tersebut dan meletakkannya dalam kereta Zaqwan tanpa disedarinya.. Bila cecair tu terkeluar dari bekas dan memasuki badan Zaqwan, Zaqwan seolah-olah telah terpukau.. Zaqwan seorang budak bandar yang terpaksa tinggal di kampung setelah kehilangan ayahnya.. Tidak dapat menyesuaikan diri dan memberontak, Zaqwan telah dipukul teruk semasa cuba membantu Hanim.. Pembuli Zaqwan pula telah berpecah.. Asraf merasa insaf bila melihat keadaan Zaqwan.. Bila Zaqwan, Hanim dan Asraf cuba melarikan diri dari samseng, cecair asing yang berada didalam badan Zaqwan telah merubah fizikal Zaqwan.. Ketika ini muncul android menyerang mereka.. 

Garapan penulis dalam menyampaikan cerita memang menarik.. Terasa singkat pembacaan Sha sebab jalan ceritanya memang best.. Ada tauladan untuk remaja, persahabatan dan juga lawak comel.. Memang bestlah..

Sha baca dan selesai pada 12.03.2021..

Sha baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published October 2019 by Bookiut

3 comments:

  1. Best jugak jalan cerita dia. awal awal punca tu pun dah membuatkan rasa menarik nak sambung baca.

    ReplyDelete
  2. kesiannya dia.... tlg org lepas tu dibelasah teruk

    ReplyDelete
  3. adoiii dah kenapa diorang letak dalam kereta zaqwan

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..