Assalamualaikum..
Hye semua..
Buku ini buku seram.. Memang boleh merindinglah baca tapi dalam masa yang sama ada babak kelakar yang mampu buat kita sebagai pembaca bergelak ketawa membacanya.. Kisah bagaimana Pian yang bengang dan marahkan Kamisah telah memujuk dan memaksa Kudin untuk membawa dia berjumpa dengan Wak Jemin demi membalas dendam.. Malangnya permintaan Wak Jemin menyebabkan mereka melakukan perkara-perkara yang tak terduga malah Pian sampai terlantar di hospital.. Namun mereka tetap melakukannya kerana diugut kalau tak buat, mereka akan mati dalam masa 7 hari.. Selain masalah mereka dengan Wak Jemin, Kudin turut diganggu oleh hantu Yana yang kemalangan.. Memang teruklah Kudin diganggu.. Ada babak-babak seram yang disampaikan penulis diselang selikan dengan aksi kelakar.. Cara penyampaian yang bersahaja dan epnuh misteri berjaya membuatkan Sha terus membaca novel ini dengan pelbagai perasaan.. Memang novel yang sangat menarik... Penamat dia mampu buatkan korang tergamam..
Sha baca dan selesai pada 20.05.2021..
Sha beli dan baca di aplikasi Google Play Books..
Published November 12th 2020 by Buku Fixi
Cover buku dan tajuk pun dah nampak seram.
ReplyDeleteBaca angker pun tahu dah seram ni. Jadikan pengajaran juga ni. mereka yang melakukan syirik ni pasti akan memakan diri.
ReplyDeleteCover dan tajuk dh seram apatah lg kalau baca.
ReplyDeleteuiiihhh ni mmg betul2 seram merinding
ReplyDeleteaaa tak sukanya kalau kena blackmail sampai ancam nyawa ni
ReplyDelete