Friday, June 11, 2021

Day 3 PKPD PSAS

Assalamualaikum..
Hye semua..

Seawal pagi Sha dah siap masa untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam.. Lebihan nasi semalam Sha buat nasi goreng, kemudian separuh ayam yang Sha terima semalam Sha buat sup untuk makan dengan mee hoon.. Sup tu terus buat banyak je.. Mee hoon habis kita makan dengan nasi.. Sup simple je Sha buat guna apa yang ada.. Makan pula bersama sambal kicap jenama Enaq, memang enaqlah jadinya.. hehehe.. Petang dalam pukul 3 Sha kena joint mesyuarat atas talian.. Lama tak bermesyuarat, pening juga.. Tambahan pula bila line internet tak berapa cantik.. Mujurlah masih ada laptop yang season usianya untuk digunakan..

Mee hoon sup simple..
Tumbuk bawang putih, bawang merah, lada putih dan lada hitam.. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk ini.. Kemudian masukkan sedikit air dan ayam yang dah dipotong kecil-kecil.. Rebus sehingga ayam agak empuk dan masukkan kentang serta bawang holland yang dipotong dadu.. Biarkan bahan direneh lebih kurang 15 minit sebelum masukkan tauhu yang dipotong dadu.. Setelah tahu timbul, tutup api dan masukkan garam.. Kacau sekejap dan siap untuk dihidang.. Jangan lupa celur mee hoon yang dah direndam dan juga sayur sawi sebagai hiasan..

Bubur jagung menggunakan setongkol jagung, sesenduk gula pasir, santan, air, sagu dan secubit garam.. Habis dah jagung sumbangan.. hehehe.. Alhamdulillah..

2 comments:

  1. dua-dua menu sedap sha..shida dah lama x masak2 ni..aduhai bz berniaga sebelah pagi.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya bubur jagung dah lama tak buat..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..