Wednesday, June 30, 2021

ebook | Khilaf oleh Aein Dhiyauddin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Menarik buku ini sebab membawakan isu penceraian akibat tak memiliki anak.. Shahril dan Hajar sudah 5 tahun berkahwin namun belum dikurniakan anak dan mereka tidak ada masalah kesihatan.. Cuma belum rezeki je lagi.. Tiba-tiba Shahril mengatakan yang dia ingin bercerai dengan Hajar.. Semuanya akibat desakan seorang mak dan 2 kawan tak guna.. Hanya kerana ego, Hajar ingin diceraikan.. Maka Hajar meletakkan syarat bagi dia tempoh sebulan untuk mencari kerja dan rumah baru sebelum diceraikan.. Dalam tempoh sebulan tu Hajar mohon tidur berasingan dan jangan panggil dia sayang.. Bukan mudah untuk Hajar bangkit sedangkan dia anak yatim piatu.. Shahril masih sayang namun ego menghalang.. 

Hajar tidak berputus asa dan menyerah.. Sebaliknya dengan bantuan bapa mertua serta sahabat baiknya Azam, Hajar cuba menawan kembali hati suaminya..  Di sini Sha melihat penulis berjaya menyampaikan bahawa ikatan suami isteri ini bukanlah semata-mata anak.. Khilaf suami dan juga isteri di sampaikan dengan cara yang menarik..

Sha baca dan selesai pada 29.06.2021..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published 2020

7 comments:

  1. kalau tiada rezeki anak, pasti ada rezeki lain kan

    ReplyDelete
  2. isu anak ni mmg isu sensitif bg pasangan yg belum ada anak..sepatutnya ibubapa beri sokongan emosi..

    ReplyDelete
  3. alamak..mesti ada part sedih sedih sikit ni

    ReplyDelete
  4. Macam menarik jalan ceritanya.

    ReplyDelete
  5. Kena tanya bila nak ada anak lagi tension dari kena tanya bila nak kahwin

    ReplyDelete
  6. Mcm kes dr kisah benar saja. Banyak yg berlaku di dunia nyata

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..