Sunday, June 27, 2021

Komik | Barisan Hadapan 01 : Pasukan Peronda, Gerak! oleh Oga

Assalamualaikum..
Hye semua..

Melayan komik lagi kita.. Kali ini Sha baca Siri Barisan Hadapan keluaran GempakStarz.. Baru ada 2 buku untuk siri ini.. Menarik sebab selain ada komik berwarna, turut diselitkan fakta mengenai kerjaya polis.. Sambil berhibur ada ilmu yang turut diperolehi..

Buku 1 ini mengisahkan tentang 3 orang polis muda iaitu Ed, Parry dan Susanna yang baru sahaja dilantik menjadi polis dan ditempatkan di dalam satu unit yang baru ditubuhkan iaitu Unit Khas Sementara yang diketuai oleh Sarjan Donn.. Mereka turut dilatih oleh Geno.. Semasa mereka bertiga ditugaskan untuk membantu pasukan peronda mereka terserempak dengan kes tembakan dan mengejar penjahat namun ketiga-tiga penjahat tak berjaya ditahan sebaliknya mati ditempat kejadian.. Tanpa mereka sedari, kes itu membawa mereka kepada kes yang lebih besar..

Sha baca dan selesai pada 26.06.2021..

Koleksi peribadi Sha..
Published March 2021 by Kadokawa Gempakstarz Sdn. Bhd.

2 comments:

  1. wah best juga ni komik pasal polis

    ReplyDelete
  2. Komik pasal polis lain dr yg lain. Memang best baca ni

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..