Assalamualaikum..
Hye semua..
Jenuh cari mood untuk membaca.. Macam-macam perkara yang berlaku dua, tiga hari ini.. Tapi dari tak buat apa-apa, baiklah membaca semula.. Karang makin dilayan perasaan makin ke lembah kegelapan perginya..
Jalan Kubur lama - D. Rafael
Kisah sebuah kubur lama yang menyimpan dendam akibat perbuatan lampau orang kampung.. Kubur lama tu tanpa sengaja telah terbongkar bila ada kematian dan kawasan kubur sedia ada dah penuh.. Dipagar namun sejali lagi diganggu tanpa sengaja hingga mengorbankan dua nyawa.. Kisah sedih bila manusia yang berjasa dipingirkan hingga menimbulkan dendam..
Makam Bunuh Diri - Syasya De Luna
Bila agama ditolak tepi, kepada yang tak sepatutnya pula jadi tempat meminta.. Hanny memang licik malangnya bukanlah cerdik..
Kisah Si Penggali Kubur - Del Osmera
Kisah penggali kubur yang diganggu namun berjaya diatasi dengan bantuan ustaz.. Syaitan sentiasa berusaha mengganggu namun kita ada Allah sebagai pelindung.. InsyaAllah.. Kerja menggali kubur bukanlah kerja yang mudah, hanya yang betul-betul kuat semangat sahaja mampu melakukannya..
Sha baca dan selesai pada 09.06.2021..
Published January 2020 by Fajar Pakeer
ala cerita hantu....kita is penakut walaupun di siang hari...huhuhu
ReplyDelete