Saturday, June 5, 2021

Raya Kali Kedua

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jomlah raya lagi.. hehehe.. Hari ini Sha raya sebab berjaya tunaikan puasa 6 Syawal.. Lambat sikit tahun ini disebabkan masalah kesihatan.. Tapi memang berayukur sangat-sangat dapat buat juga.. Makanya jomlah masak lemang kukus menggunakan cawan kertas sahaja.. hehehe.. Rendang Sha tempah dengan pengasuh anak Sha.. Membeli sambil membantu.. Mudah je rupanya nak buat.. Berkerjasama dengan encik suami.. Yeah!! Sukses..

Basuh pulut susu (Sha guna jenama Nagasari) dan toskan air.. Tak payah rendam..

Isikan dalam cawan yang dah dibubuh daun pisang.. Padatkan..

Santan yang dah dibubuh sedikit garam dan gula.. Tuangkan ke dalam cawan sehingga pulut tenggelam.. Sha gunakan santan segar..

Kemudian kukuskan dalam periuk kukus selama sejam.. Yang tengah tu sebba cawan kertas tak cukup.. hehehe..

Cantik kejadiannya.. 

Jom makan.. Cantik elokkan bentuknya.. Macam masak dalam buluh cuma tak berkerak je..

6 comments:

  1. First time tengok lemang versi kukus dalam periuk. Memang sedap kalau makan dengan rendang.

    ReplyDelete
  2. Tak pernah lagi cuba. Dulu-dulu masa tengah viral, mampu tengok je.

    ReplyDelete
  3. yay! tahniah kak sha berjaya habis kan puasa 6 :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah berjaya habiskan puasa 6 syawal! Selamat hari raya kedua kak sha! :D

    ReplyDelete
  5. wow! nice sharing ni :)
    aida suka tahap kreatif yg gini.
    pernah trending kan cara gini. just x pernah try, sha.
    anak2 aida kurang dgn lemang / pulut based gini.
    kalau ketupat, laju diorang :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..