Sunday, July 4, 2021

ebook | Nyctophilia oleh Ayeshah Amani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Penulis membawakan cerita 2 negara iaiti Thailand dan Malaysia.. Bilalah boleh rentas negara ek.. hehehe.. Kita rentas melalui buku je dulu.. Buku ini 3 serangkai tau dan Sha berjaya beli dengan harga kombo.. Kalau korang berminat boleh cari FB penulis.. 

Kisah Ahmad Zaheen yang sangat membenci ayahnya.. Dibesarkan di Thailand oleh datuknya yang juga seorang gengster.. Ahmad Zaheen bertukar menjadi Khen.. Membunuh pada Khen seperti makan nasi.. Dilakukan setiap hari tanpa perasaan.. Namun bila mak Yang disayangi lari ke Malaysia sebab ayahnya, Khen mula menghadapi konflik yang tak terduga.. Cubaan membunuh dirinya membuatkan Khen bertemu Anggun.. Pertemuan yang tak disangka tapi sebenarnya dirancang.. Ada yang cuba mengatur hidup Khen dengan membunuh orang yang dekat dengan dirinya.. 

Penulis turut menyelitkan segmen ilmu dibahagian akhir novel.. Malah diawal novel sudah dituliskan amaran bahawa novel ini bacaan dewasa.. Ada sedikit babak intim suami isteri dipaparkan.. Namun tidak keterlaluan..

Sha baca dan selesai pada 04.07.2021..

Sha beli kombo masa sale dan baca menggunakan aplikasi Google Play Books..
Published June 2021

4 comments:

  1. ni rasa nak beli buku ni...hihi

    ReplyDelete
  2. Dasyat betul Khen. Hati kering betul dia. Mungkin sebab membesar dengan datuknya yang gengster. Dah biasa macam makan nasi macam kaksha cakap.

    ReplyDelete
  3. Menarik buku ni sisp ada segmen ilmu

    ReplyDelete
  4. hati kering pun boleh rapuh sampai nak bunuh diri kalau libatkan orang tersayang ni

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..