Tuesday, July 6, 2021

Memori di Facebook 2 & 7 Tahun Lepas

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini keluar beberapa memori dekat Facebook namun dua ini yang paling memberi kesan pada Sha.. Satu mengenai kursus dan satu lagi post dari sahabat yang hari ini dah pun pergi bertemu Allah.. Berita kematian bertebaran setiap hari di Facebook dan Whatsapp.. Sama ada kenalan lama, kenalan baru mahupun ahli keluarga.. Hari ini rakan sekerja Sha meninggal setelah lama berperang dengan kanser.. Semoga Allah ampunkan rohnya dan tempatkan beliau bersama para solehin.. Aamiin..

Bila dah tak ramai rakan maka bersama encik suami jelah.. Kami menyertai kursus berbayar di Kolej Komuniti yang terdekat.. Sha ambil kursus memasak dan encik suami ambil kursus elektrik.. hehehe.. Kursus hari Sabtu..

Rakan sekerja Sha ini baru je meninggal subuh hari ini.. Beliau diserang kanser payudara sebelum covid19 melanda negara.. Lama juga beliau melawan sakit ini.. Memang tak sampai hatilah kalau tengok beliau.. Namun dah sampai ajalnya.. 

8 comments:

  1. AlFatihah buat sahabat Sya, moha rohnya ditempatkan dikalangan para shuhadah, amin,amin...

    ReplyDelete
  2. Memori yang seronok. Dapat timba ilmu.

    Alfatihah buat arwah.

    ReplyDelete
  3. Al Fatihah dan salam takziah utk rakan sha..

    ReplyDelete
  4. Alfatihah dan salam takziah. Semoga arwah rakan sekerja kak sha ditempatkan dalam kalangan orang orang yang beriman. Aamiin.

    ReplyDelete
  5. Memori dlm hidup.. al fatihah utk arwah

    ReplyDelete
  6. mengimbau kenangan betol.. hihi

    alfatihah.. salam takziah..
    semoga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman.. aamiin..

    ReplyDelete
  7. semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..